{"id":15357,"date":"2026-09-12T03:40:07","date_gmt":"2026-09-12T03:40:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15357"},"modified":"2026-09-12T03:40:07","modified_gmt":"2026-09-12T03:40:07","slug":"semoga-anak-didik-dapat-belajar-cara-diplomasi-diterjemahkan-sindir-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/semoga-anak-didik-dapat-belajar-cara-diplomasi-diterjemahkan-sindir-pmx\/","title":{"rendered":"Semoga anak didik dapat belajar cara diplomasi diterjemahkan, sindir PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim membalas sindiran timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi dengan menggunakan semula kiasan \u2018guru dan anak didik\u2019 ketika tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.<\/p>\n<p>Dalam hantaran di Threads, Anwar menyifatkan dirinya sebagai \u2018guru\u2019, dipercayai merujuk kepada ucapan dasar Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 semalam.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.<\/p>\n<p>\u201cDoakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari guru cara diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ungkapan itu dipercayai merujuk kepada sindiran Zahid yang menggunakan istilah \u2018guru\u2019 ketika mengkritik pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar.<\/p>\n<p>Dalam ucapan dasarnya, Zahid mengulangi ungkapan popular di media sosial, \u201cguru, hentikan guru\u201d, sebelum meminta Anwar mendengar suara UMNO dan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cCukup, cukuplah guru! Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup, cukuplah! Insya-Allah kami boleh buat lebih baik daripada yang guru buat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zahid turut mempersoalkan perubahan dasar ekonomi yang menurutnya boleh menimbulkan ketidakpastian dan kekeliruan, terutama dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana.<\/p>\n<p>Beliau memberi gambaran seorang bapa berpendapatan RM5,000 yang perlu menanggung sewa rumah, pendidikan anak dan kos perubatan, selain berdepan perubahan kuota subsidi petrol menerusi Budi MADANI.<\/p>\n<p>\u201cTetapi bila kerajaan takut kehilangan sokongan rakyat, naik lagi kuota Budi. Mungkin selepas itu tarik balik. Kemudian, apabila dekat pilihan raya, naik balik.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang buat ini? Guru,\u201d katanya yang disambut ketawa perwakilan dan tetamu.<\/p>\n<p>Walaupun tidak menyebut nama Anwar, penggunaan istilah \u2018guru\u2019 dan \u2018anak didik\u2019 dilihat sebagai sindiran terhadap hubungan politik kedua-dua pemimpin yang turut dikaitkan dengan rakaman perbualan telefon yang tersebar pada 2021.<\/p>\n<p>Zahid dalam ucapan sama turut mengkritik penggunaan istilah \u2018Kerajaan MADANI\u2019, dengan mempersoalkan perubahan daripada konsep kerajaan perpaduan yang dipersetujui parti-parti pembentuk kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cTelah dipersetujui kerajaan harus dipanggil kerajaan perpaduan. Tetapi akhirnya, perpaduan nasional ini ditukar kepada Kerajaan MADANI, yang datangnya entah dari mana,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar kini berada di India untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18, dengan agenda termasuk memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara anggota serta rakan strategik blok ekonomi berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim membalas sindiran timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi dengan menggunakan semula kiasan \u2018guru dan anak didik\u2019 ketika tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Dalam hantaran di Threads, Anwar menyifatkan dirinya sebagai \u2018guru\u2019, dipercayai merujuk kepada ucapan dasar Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 semalam. \u201cAlhamdulillah guru selamat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15358,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4950,13,65,1338,812,2097,18,146],"authors":[],"class_list":["post-15357","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anak-murid","tag-anwar","tag-brics","tag-guru","tag-india","tag-pau","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15357","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15357"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15357\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15359,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15357\/revisions\/15359"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15357"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15357"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15357"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15357"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}