{"id":15367,"date":"2026-09-12T03:54:51","date_gmt":"2026-09-12T03:54:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15367"},"modified":"2026-09-12T03:54:51","modified_gmt":"2026-09-12T03:54:51","slug":"kalau-kerajaan-gagal-umno-pun-gagal-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kalau-kerajaan-gagal-umno-pun-gagal-amanah\/","title":{"rendered":"\u201cKalau kerajaan gagal, UMNO pun gagal\u201d \u2013 Amanah"},"content":{"rendered":"<p>UMNO tidak wajar mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim lemah atau gagal kerana parti itu sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan, kata Faiz Fadzil.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Amanah itu berkata kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa partinya \u201cmampu melakukan lebih baik\u201d ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hanya memperlihatkan kegagalan parti itu membantu pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia nak kata kerajaan Anwar ini gagal, maksudnya beliau pun gagal membantu. Beliau juga gagal sebagai sebahagian daripada kerajaan,\u201d katanya kepada FMT.<\/p>\n<p>Menurut Faiz, prestasi kerajaan perlu dinilai secara kolektif kerana pentadbiran ketika ini dibentuk menerusi gabungan beberapa parti, termasuk UMNO dan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Beliau berkata beberapa indikator ekonomi dan tadbir urus seperti pelaburan langsung asing, prestasi ringgit, pertumbuhan ekonomi serta Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan pencapaian kerajaan Anwar lebih baik berbanding beberapa pentadbiran terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cBoleh cakap apa saja, tetapi data tidak menipu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Faiz turut mengambil contoh penyelesaian tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM19 bilion yang dilaksanakan kerajaan PH.<\/p>\n<p>Menurutnya, GST diperkenalkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun kerajaan PH kemudian menyelesaikan tuntutan bayaran balik berkenaan selepas mengambil alih pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan PH langsaikan hutang dan bayar balik tuntutan GST RM19 bilion. Jadi, di mana kita nak katakan dasar kerajaan lepas itu lebih baik daripada sekarang?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Faiz mengingatkan UMNO supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan sekiranya benar-benar mahu memastikan kestabilan politik dikekalkan sehingga tamat penggal.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama berkata PH perlu bersedia menghadapi kemungkinan tidak meneruskan kerjasama dengan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n<p>Katanya, keputusan dua pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini perlu dijadikan isyarat untuk PH memperkukuh jentera sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerjasama dengan parti lain.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan dua PRN sebagai \u2018wake-up call\u2019 supaya PH memperkukuh jentera sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kerjasama dengan pihak lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, dalam ucapan dasar Presiden pada PAU, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri secara terbuka memberi isyarat supaya UMNO diberi ruang lebih besar dalam menentukan hala tuju kerajaan, termasuk menerusi ungkapan \u201ccukup-cukuplah\u201d dan \u201cbagi peluang kami pula\u201d.<\/p>\n<p>Kenyataan itu mencetuskan perbahasan mengenai kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan serta hala tuju kerjasama antara PH dan BN menjelang PRU akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO tidak wajar mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim lemah atau gagal kerana parti itu sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan, kata Faiz Fadzil. Setiausaha Agung Amanah itu berkata kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa partinya \u201cmampu melakukan lebih baik\u201d ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hanya memperlihatkan kegagalan parti itu membantu pentadbiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,275,278,374,2097,1618,146],"authors":[],"class_list":["post-15367","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amanah","tag-faiz-fadzil","tag-kerajaan","tag-pau","tag-perpaduan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15367","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15367"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15367\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15368,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15367\/revisions\/15368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15367"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}