{"id":15374,"date":"2026-09-12T05:45:07","date_gmt":"2026-09-12T05:45:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15374"},"modified":"2026-09-12T05:45:07","modified_gmt":"2026-09-12T05:45:07","slug":"ph-melaka-sedia-bertanding-tak-takut-bn-plus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-melaka-sedia-bertanding-tak-takut-bn-plus\/","title":{"rendered":"PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Melaka memberi isyarat jelas tidak akan membiarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi gelanggang yang memecah-belahkan rakyat, meskipun persaingan politik dijangka sengit susulan pendirian BN untuk bergerak dengan formula \u2018BN Plus\u2019.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, persaingan pilihan raya tidak sepatutnya menutup ruang untuk parti politik terus bekerjasama demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita nak rakyat, terutama pengundi tidak melihat medan pilihan raya ini sebagai medan perpecahan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cBersaing dalam pilihan raya tidak sepatutnya menjejaskan hubungan dan keharmonian dalam negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat Madani (KAM) Kampung Sungai Putat di Batu Berendam, hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, sepanjang lebih tiga tahun kerajaan perpaduan di Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH memberikan kerjasama baik kepada kerajaan negeri.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, PH mahu menjadi sebahagian daripada usaha membawa pendekatan politik yang disenangi masyarakat, selain mengubah persepsi parti politik tidak mampu bekerjasama atau mewakili kepentingan masyarakat secara menyeluruh.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam menghadapi PRN akan datang, Adam Adli berkata PH sentiasa bersedia untuk bertanding, termasuk kemungkinan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cMemang kena sentiasa bersedia sebab runding atau tidak runding itu pilihan masing-masing, setiap parti ada hak untuk buat keputusan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh yang memaklumkan BN akan menggunakan formula \u2018BN Plus\u2019, selain hanya memulakan rundingan dengan parti lain selepas DUN Melaka dibubarkan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ab Rauf sebelum ini turut memberi bayangan pembubaran DUN Melaka akan berlaku dalam masa terdekat, sekali gus membuka laluan kepada PRN.<\/p>\n<p>PH Melaka kini perlu menentukan strategi menghadapi PRN, termasuk sama ada meneruskan kerjasama politik sedia ada atau bertanding secara lebih agresif bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Melaka memberi isyarat jelas tidak akan membiarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi gelanggang yang memecah-belahkan rakyat, meskipun persaingan politik dijangka sengit susulan pendirian BN untuk bergerak dengan formula \u2018BN Plus\u2019. Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, persaingan pilihan raya tidak sepatutnya menutup ruang untuk parti politik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":10490,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,165,378,4944,3940,4905,347,4940],"authors":[],"class_list":["post-15374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-adam-adli","tag-bn","tag-bn-plus","tag-bn-umno","tag-dun-melaka","tag-ph","tag-prn-melaka"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15375,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15374\/revisions\/15375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}