{"id":15383,"date":"2026-09-12T06:59:39","date_gmt":"2026-09-12T06:59:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15383"},"modified":"2026-09-12T06:59:39","modified_gmt":"2026-09-12T06:59:39","slug":"keakraban-anwar-dan-modi-terserlah-dalam-pertemuan-dua-hala-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keakraban-anwar-dan-modi-terserlah-dalam-pertemuan-dua-hala-bernama\/","title":{"rendered":"Keakraban Anwar dan Modi terserlah dalam pertemuan dua hala: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>\u201cSaudaraku\u201d menjadi sapaan mesra yang menyerlahkan keakraban antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dua hala di sini.<\/p>\n<p>Anwar dan Modi mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di Hyderabad House, iaitu Rumah Tetamu Negara di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar India.<\/p>\n<p>Hyderabad House lazimnya menjadi lokasi bagi mesyuarat dua hala, jamuan negara dan pertemuan dengan pemimpin asing.<\/p>\n<p>Malaysia menyertai sidang kemuncak itu selaku negara rakan BRICS sejak 1 Jan 2025.<\/p>\n<p>Anwar tiba di sini pada Jumaat bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang dihoskan oleh Modi. Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke India selepas yang pertama pada Ogos 2024.<\/p>\n<p>Malaysia dan India yang mempunyai hubungan sejak sekian lama bermula 1957 telah meningkatkan hubungan berkenaan kepada perkongsian strategik komprehensif ketika lawatan pertama Perdana Menteri di sini.<\/p>\n<p>India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM79.49 bilion (USD18.59 bilion) pada 2025.<\/p>\n<p>Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, selain produk elektrik dan elektronik manakala import pula terdiri daripada produk pertanian, petroleum dan bahan kimia. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSaudaraku\u201d menjadi sapaan mesra yang menyerlahkan keakraban antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dua hala di sini. Anwar dan Modi mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di Hyderabad House, iaitu Rumah Tetamu Negara di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar India. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15384,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,65,812,824,48,813,18],"authors":[],"class_list":["post-15383","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-brics","tag-india","tag-kerjasama","tag-lawatan","tag-narendra-modi","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15383","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15383"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15383\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15385,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15383\/revisions\/15385"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15384"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15383"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}