{"id":15398,"date":"2026-09-12T11:00:53","date_gmt":"2026-09-12T11:00:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15398"},"modified":"2026-09-12T11:00:53","modified_gmt":"2026-09-12T11:00:53","slug":"umno-jangan-bergantung-parti-lain-bina-kekuatan-sendiri-mohamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-jangan-bergantung-parti-lain-bina-kekuatan-sendiri-mohamad\/","title":{"rendered":"UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJangan harap kepada ihsan orang.\u201d Itu amaran keras Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan kepada parti sendiri supaya tidak lagi bergantung kepada mana-mana parti politik untuk bangkit menjelang PRU16.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mohamad berkata, tiada parti lain yang benar-benar mahu melihat UMNO kembali kuat selepas kejatuhan parti itu pada 2018, sebaliknya setiap pihak mempunyai kepentingan politik masing-masing.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cTak ada siapa yang nak melihat UMNO bangkit semula. Berbohonglah saya jika saya katakan ada parti lain yang nak membimbing kita untuk kita bangkit dan bangun semula.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJangan kita mimpi di siang hari kerana tak ada satu mata pun, tak ada satu hati pun yang nak melihat kita bangkit semula. Semuanya nak melihat kita dibenamkan ataupun ditalkinkan.<\/p>\n<p>\u201cJangan harap kepada ihsan orang. Bina kekuatan sendiri. Jangan kita harapkan pertolongan orang, bantuan orang lain, parti lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad berkata pengalaman lalu perlu dijadikan pengajaran supaya UMNO tidak mengulangi kesilapan terlalu bergantung kepada pihak lain ketika parti berada dalam keadaan lemah.<\/p>\n<p>Katanya, kekuatan dalaman penting bagi mengelakkan pihak lain mengambil kesempatan atau memperkotak-katikkan UMNO.<\/p>\n<p>\u201cAda orang yang mengambil peluang, menganggap kita lemah, mengambil peluang untuk bersama-sama tetapi percayalah saudara-saudari sekalian bahawa kita pernah berpengalaman macam mana kita dikecewakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru anggota UMNO melupakan perbezaan dalaman dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti, termasuk memastikan jentera pilihan raya di semua peringkat berada dalam keadaan siap siaga.<\/p>\n<p>Mohamad berkata tempoh yang ada perlu dimanfaatkan untuk menyusun strategi dan jentera bagi menghadapi PRU16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.<\/p>\n<p>Beliau turut menjadikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Johor dan Negeri Sembilan sebagai contoh untuk diterjemahkan kepada kemenangan di negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cKami di Negeri Sembilan dan di Johor dah lapang dada dah. Kami dah menang. Dah tubuh kerajaan. Sekarang tiba gilirannya negeri-negeri lain, pakat-pakat kena menang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mohamad berkata ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengandungi hala tuju serta kerangka jelas bagi mempersiapkan parti untuk kembali menerajui Putrajaya pada PRU16.<\/p>\n<p>UMNO mengalami kekalahan besar pada PRU14 pada 2018 sebelum melalui beberapa siri perubahan politik dan kerjasama untuk kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cJangan harap kepada ihsan orang.\u201d Itu amaran keras Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan kepada parti sendiri supaya tidak lagi bergantung kepada mana-mana parti politik untuk bangkit menjelang PRU16. Mohamad berkata, tiada parti lain yang benar-benar mahu melihat UMNO kembali kuat selepas kejatuhan parti itu pada 2018, sebaliknya setiap pihak mempunyai kepentingan politik masing-masing. \u201cTak ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15399,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3940,283,4933,101,3786],"authors":[],"class_list":["post-15398","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn-umno","tag-mohamad-hasan","tag-pau-2026","tag-pru-16","tag-tok-mat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15398","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15398"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15398\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15400,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15398\/revisions\/15400"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15399"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15398"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15398"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15398"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15398"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}