{"id":15405,"date":"2026-09-12T14:13:15","date_gmt":"2026-09-12T14:13:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15405"},"modified":"2026-09-12T18:33:58","modified_gmt":"2026-09-12T18:33:58","slug":"selepas-berdegar-degar-zahid-umum-umno-kekal-dalam-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selepas-berdegar-degar-zahid-umum-umno-kekal-dalam-kerajaan-perpaduan\/","title":{"rendered":"Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"<p>UMNO kekal dengan pendirian untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa, selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).<\/p>\n<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu perlu dihormati walaupun wujud perbezaan pandangan antara parti yang membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, UMNO tidak akan mengambil pendirian untuk menentang mana-mana pemimpin dalam kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cPendirian kita adalah tidak menyanggah mana-mana susuk tubuh, terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana resolusi yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati.<\/p>\n<p>\u201cKita akan terus bersama-sama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ada ini hingga akhir penggal. Kita pun tidak tahu bila akhir penggal,\u201d katanya pada sidang media sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, perbezaan pendapat dalam kerajaan gabungan adalah perkara biasa dan perlu ditangani secara profesional demi memastikan pentadbiran terus berjalan dengan baik.<\/p>\n<p>Katanya, pemimpin UMNO yang menganggotai Jemaah Menteri tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional walaupun terdapat pandangan berbeza dalam beberapa perkara.<\/p>\n<p>\u201cSelama kami berada di dalamnya, memang ada perbezaan pendapat tetapi kita ialah anggota Jemaah Menteri dan juga kepimpinan parti yang profesional.<\/p>\n<p>\u201cKita mengambil pendirian bahawa perbezaan pendapat itu harus dihormati. Begitu juga kami menghormati perbezaan pendapat yang dilontarkan oleh mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 selepas tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.<\/p>\n<p>Gabungan itu melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain.<\/p>\n<p>Pendirian terbaharu UMNO itu hadir ketika landskap politik negara mula dipengaruhi perbincangan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, termasuk rundingan kerusi dan hala tuju kerjasama antara parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO kekal dengan pendirian untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa, selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu perlu dihormati walaupun wujud perbezaan pandangan antara parti yang membentuk kerajaan. Menurutnya, UMNO tidak akan mengambil pendirian untuk menentang mana-mana pemimpin dalam kerajaan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1784,2097,1618,101,146],"authors":[],"class_list":["post-15405","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-kekal","tag-pau","tag-perpaduan","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15405","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15405"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15405\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15406,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15405\/revisions\/15406"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15405"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}