{"id":15407,"date":"2026-09-12T18:09:04","date_gmt":"2026-09-12T18:09:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15407"},"modified":"2026-09-12T18:09:04","modified_gmt":"2026-09-12T18:09:04","slug":"umno-jangan-satu-kaki-kerajaan-satu-kaki-pembangkang-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-jangan-satu-kaki-kerajaan-satu-kaki-pembangkang-amk\/","title":{"rendered":"UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Menteri dan ahli Parlimen UMNO digesa menyatakan pendirian jelas susulan gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Nabil Halimi berkata, jika UMNO mahu terus bersama Kerajaan MADANI, parti itu perlu memikul tanggungjawab sehingga tamat tempoh mandat semasa.<\/p>\n<p>\u201cJika UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), keputusan perlu dibuat segera dengan menyerahkan semula jawatan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai UMNO dilihat satu kaki dalam kerajaan, satu kaki dalam pembangkang, di negeri berpelukan dengan PN, tetapi di Putrajaya masih mahu menikmati jawatan dan kedudukan dalam Kerajaan MADANI,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan PRU-16 wajar diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>Muhammad Nabil berkata, rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan percaturan politik sedemikian, ketika kerajaan masih mempunyai mandat untuk mentadbir negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan-rakan lain akan terus menyempurnakan baki mandat penggal ini selagi mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, tumpuan kerajaan ketika ini perlu diberikan kepada agenda reformasi, pengukuhan ekonomi serta penyelesaian masalah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMandat rakyat bukanlah alat tawar-menawar politik. Biarlah rakyat membuat penilaian apabila tiba masanya pilihan raya kelak,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 memberikan gambaran PRU-16 mungkin perlu diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>Beliau berkata PRU-16 perlu disegerakan susulan dakwaan rakyat semakin merindui kepimpinan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut menyentuh perkembangan politik di Negeri Sembilan dan Johor yang disifatkan memberi keyakinan masih wujud ruang untuk sokongan terhadap BN kembali mengukuh.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan MADANI, khususnya selepas parti itu terus bekerjasama dengan PH di peringkat Persekutuan, sedangkan hubungan politik dengan PN turut menjadi perhatian di beberapa negeri.<\/p>\n<p>PRU1-6 perlu diadakan dalam tempoh mandat Parlimen semasa dan tarikh pembubaran Parlimen masih bergantung kepada keputusan kerajaan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri dan ahli Parlimen UMNO digesa menyatakan pendirian jelas susulan gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Nabil Halimi berkata, jika UMNO mahu terus bersama Kerajaan MADANI, parti itu perlu memikul tanggungjawab sehingga tamat tempoh mandat semasa. \u201cJika UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6065,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,164,4957,2097,9,146],"authors":[],"class_list":["post-15407","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amk","tag-muhammad-nabil-halimi","tag-pau","tag-pkr","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15407","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15407"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15407\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15408,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15407\/revisions\/15408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6065"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15407"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15407"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15407"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15407"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}