{"id":15416,"date":"2026-09-13T09:35:18","date_gmt":"2026-09-13T09:35:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15416"},"modified":"2026-09-13T09:35:18","modified_gmt":"2026-09-13T09:35:18","slug":"brics-buka-pasaran-besar-untuk-malaysia-kp-jkom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/brics-buka-pasaran-besar-untuk-malaysia-kp-jkom\/","title":{"rendered":"BRICS buka pasaran besar untuk Malaysia: KP JKOM"},"content":{"rendered":"<p>Status Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka ruang lebih besar untuk negara meneroka pasaran antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara yang mewakili lebih separuh populasi serta kuasa beli dunia.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, penyertaan itu membolehkan Malaysia mengamalkan pendekatan \u2018jalan tengah\u2019 dalam hubungan ekonomi dan perdagangan tanpa bergantung kepada mana-mana kuasa besar.<\/p>\n<p>Menurutnya, kedudukan itu memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mengimbangi hubungan perdagangan dengan pelbagai negara.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh menyeimbangkan perdagangan dengan pelbagai negara. Sebagai sebuah negara kecil, langkah mengambil jalan tengah ini adalah keputusan yang sangat baik.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, rakyat dalam negara anggota BRICS mewakili lebih separuh daripada penduduk dunia dan mempunyai kuasa beli yang tinggi, jadi amat rugi sekiranya Malaysia tidak menyertai perikatan ini,\u201d katanya selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) bersama Komuniti Simpang Pulai @ Gopeng di Dewan Orang Ramai Rapat Setia, hari ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bertemakan \u2018Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif\u2019 pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, hari ini.<\/p>\n<p>Malaysia sebelum ini diterima sebagai negara rakan BRICS, langkah yang dilihat membuka ruang kepada negara untuk memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan blok berkenaan.<\/p>\n<p>Mohd Hisyamuddin turut menolak persepsi negatif di media sosial berhubung ketiadaan Anwar dalam sesi bergambar bersama 11 ketua negara pada sidang kemuncak itu, sambil menegaskan perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukan atau pengiktirafan rasmi Malaysia.<\/p>\n<p>\u201c11 negara anggota BRICS adalah negara rasmi sebagai keahlian penuh. Malaysia sebagai negara rakan BRICS juga terlibat secara terus dalam sektor perdagangan.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan peluang untuk kita menjalinkan hubungan akrab secara berterusan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran serta pemimpin dari Brazil dan Afrika Selatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Mohd Hisyamuddin berkata J-KOM akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperkukuh penyampaian maklumat serta dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama itu turut membolehkan maklum balas daripada rakyat dikumpulkan secara lebih berkesan supaya dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan mengikut keperluan sebenar masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cKita sampaikan maklumat dan pada masa sama, kita mengumpul maklum balas dari peringkat bawah. Pendekatan ini memastikan isu yang ditangani benar-benar menepati sasaran hasil dapatan terus daripada akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Status Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka ruang lebih besar untuk negara meneroka pasaran antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara yang mewakili lebih separuh populasi serta kuasa beli dunia. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, penyertaan itu membolehkan Malaysia mengamalkan pendekatan \u2018jalan tengah\u2019 dalam hubungan ekonomi dan perdagangan tanpa bergantung kepada mana-mana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15364,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,65,812,4097,48,4131,476,18],"authors":[],"class_list":["post-15416","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-brics","tag-india","tag-jkom","tag-lawatan","tag-mohd-hisyamuddin-ghazali","tag-pasaran","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15417,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15416\/revisions\/15417"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15364"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15416"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}