{"id":15426,"date":"2026-09-13T09:50:20","date_gmt":"2026-09-13T09:50:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15426"},"modified":"2026-09-13T09:50:20","modified_gmt":"2026-09-13T09:50:20","slug":"parti-dalam-kerajaan-perpaduan-perlu-hormati-mandat-diberi-rakyat-azman-abidin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parti-dalam-kerajaan-perpaduan-perlu-hormati-mandat-diberi-rakyat-azman-abidin\/","title":{"rendered":"Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin"},"content":{"rendered":"<p>Kepentingan rakyat perlu terus menjadi fokus utama sepanjang baki tempoh pentadbiran, dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan disaran mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan politik.<\/p>\n<p>Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, kerajaan perlu menggunakan baki tempoh pentadbiran kira-kira setahun lagi untuk menyelesaikan sebanyak mungkin perkara berkaitan rakyat, ekonomi dan pentadbiran negara.<\/p>\n<p>\u201cBagi kita, kita nak fokus pada pentadbiran negara dan kita nak pastikan baki penggal yang kita ada ini, kita buat terbaik untuk rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBanyak kerja lagi yang kita kena buat dan ada bermacam-macam cabaran ekonomi yang mungkin kita akan lalui. Perdana Menteri nak fokus kepada perkara tersebut,\u201d katanya selepas menghadiri Perasmian Cawangan Ke-25 Emas Sri Semantan di Ayer Keroh, hari ini.<\/p>\n<p>Azman mengulas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar Kerajaan Perpaduan mengeluarkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi daripada kerajaan sekiranya parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut mencabar kerajaan menggunakan proses demokrasi termasuk undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar mahu mengambil tindakan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Azman, kestabilan kerajaan penting supaya tumpuan dapat diberikan kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat tanpa terlalu dibebani persaingan politik.<\/p>\n<p>Katanya, Perdana Menteri kini turut memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia selain meneroka peluang ekonomi menerusi hubungan dengan negara anggota BRICS.<\/p>\n<p>\u201cPolitik ini sangat dinamik, esok kita berkawan, lusa kita berlawan.<\/p>\n<p>\u201cJadi bagi saya, kita hormati mandat rakyat. Satu penggal, kita habiskan satu penggal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azman turut berkata usaha kerajaan memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa memberi keyakinan lebih besar kepada rakyat terhadap negara.<\/p>\n<p>\u201cDulu kita tahu imej negara kita sangat buruk tetapi sekarang kalau di luar negara orang tanya dari mana? Kita dari Malaysia, kita tak malu.<\/p>\n<p>\u201cDulu, sebelum 2018, kita malu kalau Malaysia dikaitkan dengan negara yang terlalu teruk dengan rasuah. Sekarang ini Perdana Menteri dah buat yang terbaik untuk negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022, dengan PH, BN serta beberapa gabungan parti dari Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kepentingan rakyat perlu terus menjadi fokus utama sepanjang baki tempoh pentadbiran, dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan disaran mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan politik. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, kerajaan perlu menggunakan baki tempoh pentadbiran kira-kira setahun lagi untuk menyelesaikan sebanyak mungkin perkara berkaitan rakyat, ekonomi dan pentadbiran negara. \u201cBagi kita, kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15427,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,909,285,1618,18,506,1454],"authors":[],"class_list":["post-15426","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-azman-abidin","tag-madani","tag-perpaduan","tag-pmx","tag-rakyat","tag-setiausaha-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15426","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15426"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15426\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15428,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15426\/revisions\/15428"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15427"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15426"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15426"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15426"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15426"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}