{"id":15437,"date":"2026-09-13T17:14:19","date_gmt":"2026-09-13T17:14:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15437"},"modified":"2026-09-13T17:14:19","modified_gmt":"2026-09-13T17:14:19","slug":"puad-zahid-mahu-pru-16-dipercepat-kerana-mahu-jadi-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-zahid-mahu-pru-16-dipercepat-kerana-mahu-jadi-pm\/","title":{"rendered":"Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM"},"content":{"rendered":"<p>Gesaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal didakwa berkait dengan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO ketika ini melihat kedudukan parti itu berada pada tahap kukuh dan merasakan ia masa terbaik untuk menghadapi pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cPada saya, ini semua kerana UMNO merasakan mereka sudah berada di puncak kekuatan dan yakin boleh membentuk kerajaan sendiri.<\/p>\n<p>\u201cPersefahaman antara UMNO dan Pas juga tidak lagi boleh dilambatkan. Sebab itu mereka mahu pilihan raya disegerakan. Saya yakin Zahid pun tidak sabar untuk jadi Perdana Menteri,\u201d katanya selepas menghadiri Program Penerangan RCI Tabung Haji di Hotel Amerin, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Presiden Parti Amanah, Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Zahid dalam ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menegaskan hasrat parti itu supaya PRU-16 disegerakan bagi mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui negara.<\/p>\n<p>Zahid turut menyifatkan PRU-16 sebagai titik penentuan bagi UMNO untuk kembali memimpin negara dan tidak sekadar menjadi pelengkap dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan politik dalam UMNO, Puad turut mendakwa wujud perbezaan pendekatan antara Zahid dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan ketika PAU 2026.<\/p>\n<p>Menurutnya, Mohamad dilihat mengambil pendekatan lebih berhati-hati dengan mengingatkan anggota parti supaya tidak terlalu bergantung kepada kerjasama politik dalam kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cPresiden pula seolah-olah tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Sebab itu dia mahu pilihan raya dipercepatkan.<\/p>\n<p>\u201cDia juga sebut dengan jelas mengenai biru campur hijau. Pilih biru pekat, jangan pilih biru cair yang saya faham ialah PKR. Jadi seolah-olah sudah berterus terang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Puad berkata beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik walaupun hadir dalam program anjuran Amanah.<\/p>\n<p>\u201cSaya lebih suka dengan keadaan saya sekarang, iaitu tidak berparti. Apa yang penting, saya masih boleh memberikan pandangan dan kritikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Puad berkata beliau juga masih aktif menulis di Facebook dan secara terbuka mengkritik UMNO.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika hubungan politik antara parti dalam kerajaan Perpaduan terus menjadi perhatian menjelang PRU-16, terutama berkaitan kemungkinan jajaran baharu antara UMNO, Pakatan Harapan dan parti lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gesaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal didakwa berkait dengan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO ketika ini melihat kedudukan parti itu berada pada tahap kukuh dan merasakan ia masa terbaik untuk menghadapi pilihan raya. \u201cPada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4108,197,101,146],"authors":[],"class_list":["post-15437","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-perdana-menteri","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15437","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15437"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15437\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15438,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15437\/revisions\/15438"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15437"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15437"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15437"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15437"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}