{"id":15447,"date":"2026-09-14T03:52:26","date_gmt":"2026-09-14T03:52:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15447"},"modified":"2026-09-14T03:52:26","modified_gmt":"2026-09-14T03:52:26","slug":"jamil-khir-didakwa-tiga-pertuduhan-berkaitan-kes-aset-th","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jamil-khir-didakwa-tiga-pertuduhan-berkaitan-kes-aset-th\/","title":{"rendered":"Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jamil Khir Baharom, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860 juta antara 2015 hingga 2017.<\/p>\n<p>Jamil Khir, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM860,308,770.51 atau bersamaan SAR766,062,237 kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.<\/p>\n<p>Pertuduhan pertama membabitkan RM42,942,074 atau SAR44.17 juta, manakala pertuduhan kedua melibatkan RM288,172,134.64 atau SAR250,041,622.<\/p>\n<p>Pertuduhan ketiga pula membabitkan RM529,194,561.87 atau SAR471,848,615.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa berlaku di pejabatnya di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kompleks Islam Putrajaya pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 serta 17 Ogos 2017.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Ketika prosiding jaminan, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, memohon jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin warga Malaysia serta pasport Jamil Khir diserahkan kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Beliau berkata jumlah keseluruhan yang terlibat dalam tiga pertuduhan itu mencecah kira-kira RM860 juta dan mahkamah perlu mengambil kira keseriusan kes serta skala kewangan ketika menentukan jumlah jaminan.<\/p>\n<p>Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Jamil Khir pula memohon jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<p>Katanya, tujuan jaminan adalah memastikan anak guamnya hadir pada prosiding akan datang dan tiada bukti dikemukakan pihak pendakwaan menunjukkan beliau berisiko melarikan diri.<\/p>\n<p>&#8220;Anak guam saya tidak mempunyai sumber pendapatan lain. Satu-satunya sumber pendapatan beliau ialah pencen sebagai bekas menteri serta pencen sebagai bekas Mejar Jeneral tentera,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hisyam turut memaklumkan Jamil Khir bersedia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai jaminan tambahan.<\/p>\n<p>Hakim Rosli kemudian membenarkan Jamil Khir diikat jamin RM300,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin warga Malaysia.<\/p>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan pasportnya disimpan sehingga mendapat arahan lanjut dan menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes.<\/p>\n<p>Jamil Khir yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jerai hadir ke mahkamah dengan memakai sut hitam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jamil Khir Baharom, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860 juta antara 2015 hingga 2017. Jamil Khir, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15449,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[334,4864,314,58,24,4541],"authors":[],"class_list":["post-15447","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aset","tag-jamil-khir-baharom","tag-kes","tag-mahkamah","tag-rasuah","tag-rci-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15447"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15447\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15450,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15447\/revisions\/15450"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15449"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15447"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}