{"id":15466,"date":"2026-09-14T09:32:03","date_gmt":"2026-09-14T09:32:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15466"},"modified":"2026-09-14T09:32:03","modified_gmt":"2026-09-14T09:32:03","slug":"loke-cadang-segera-panggil-mesyuarat-presiden-ph-bincang-kedudukan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/loke-cadang-segera-panggil-mesyuarat-presiden-ph-bincang-kedudukan-bn\/","title":{"rendered":"Loke cadang segera panggil mesyuarat Presiden PH bincang kedudukan BN"},"content":{"rendered":"<p>Anthony Loke mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan politik terkini, termasuk kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP itu berkata akan mencadangkan perkara itu kepada Anwar sebaik Perdana Menteri pulang daripada lawatan rasmi di luar negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>&#8220;Sudah semestinya saya akan meminta Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk meneliti dan membincangkan perkembangan politik terkini.<\/p>\n<p>&#8220;Beberapa kenyataan yang dibuat sudah tentu tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara,&#8221; katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pemeriksaan M.V.15 Carsome Academy, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang menyentuh kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid sebelum ini meminta supaya Kerajaan Perpaduan mengeluarkan UMNO secara rasmi melalui pengundian di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan mahu parti itu meninggalkan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada PH akan mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan BN atau cabaran yang dibangkitkan kepimpinan UMNO, Loke berkata sebarang pendirian rasmi di peringkat tertinggi perlu dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui perkembangan politik semasa perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menimbulkan persepsi parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak bergerak dalam hala tuju yang sama.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, saya fikir Perdana Menteri juga perlu jelaskan dengan semua parti komponen,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Loke berkata, kestabilan politik bukan sekadar penting untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar, malah turut memberi kesan kepada keyakinan rakyat dan pelabur terhadap negara.<\/p>\n<p>Beliau melihat mesyuarat Majlis Presiden PH sebagai ruang penting untuk membincangkan perkembangan politik semasa dan memperjelas pendirian gabungan itu.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 apabila tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. PH kemudian membentuk kerajaan bersama BN serta beberapa parti lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anthony Loke mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan politik terkini, termasuk kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung DAP itu berkata akan mencadangkan perkara itu kepada Anwar sebaik Perdana Menteri pulang daripada lawatan rasmi di luar negara. Menurutnya, beberapa kenyataan politik yang dibuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,508,13,378,63,18,801,146],"authors":[],"class_list":["post-15466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anthony-loke","tag-anwar","tag-bn","tag-dap","tag-pmx","tag-setiausaha-agung","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15466\/revisions\/15467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15466"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}