{"id":15480,"date":"2026-09-15T02:33:51","date_gmt":"2026-09-15T02:33:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15480"},"modified":"2026-09-15T02:33:51","modified_gmt":"2026-09-15T02:33:51","slug":"agama-bukan-bahan-jenaka-politik-sheikh-umar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agama-bukan-bahan-jenaka-politik-sheikh-umar\/","title":{"rendered":"Agama bukan bahan jenaka politik: Sheikh Umar"},"content":{"rendered":"<p>Agama tidak wajar dijadikan bahan jenaka, dipermainkan atau diperlekehkan kerana ia boleh mengundang penghinaan terhadap Islam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pendirian Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dalam isu itu wajar diberikan kredit meskipun beliau jarang bersetuju dengan pendekatan politiknya.<\/p>\n<p>Menurut Sheikh Umar, penerimaan dan penghormatan masyarakat bukan Islam terhadap Islam turut bergantung kepada cara umat Islam memperlihatkan nilai serta ajaran agama berkenaan dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>\u201cInteraksi, respons dan sikap umat Islam terhadap agama lain mesti berpandukan hikmah serta kebijaksanaan, bukan amarah atau emosi semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cApatah lagi dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia. Saya percaya rakyat tidak mahu agama dijadikan bahan untuk menghina, memprovokasi atau memalukan pihak lain,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.<\/p>\n<p>Sheikh Umar berkata, pendirian itu konsisten sejak awal, termasuk ketika berlaku insiden \u2018memijak soolam\u2019 dan isu \u2018tahlil arwah Anthony Loke\u2019.<\/p>\n<p>\u201cMungkin latarnya sedikit berbeza, tetapi prinsip asasnya sama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya tidak mencela sembahan atau kepercayaan agama lain sehingga mendorong mereka membalas dengan mencela Allah dan Islam tanpa ilmu.<\/p>\n<p>\u201cMoga kita semua memperbaiki diri dan belajar sesuatu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Akmal menegaskan agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka susulan kontroversi ucapan wakil UMNO yang menyentuh paderi dan biarawati ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.<\/p>\n<p>Akmal berpandangan perkara berkaitan agama merupakan isu sensitif dan pasti mengundang kemarahan jika perkara sama dilakukan terhadap imam atau umat Islam.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said yang juga jurucakap UMNO Selangor menceritakan jenaka menggunakan watak seorang paderi dan biarawati serta menyentuh penggunaan Surah Mazmur dalam Bible.<\/p>\n<p>Isu itu kemudian mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak yang melihat sensitiviti agama perlu dijaga, khususnya dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agama tidak wajar dijadikan bahan jenaka, dipermainkan atau diperlekehkan kerana ia boleh mengundang penghinaan terhadap Islam serta menjejaskan keharmonian masyarakat. Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pendirian Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dalam isu itu wajar diberikan kredit meskipun beliau jarang bersetuju dengan pendekatan politiknya. Menurut Sheikh Umar, penerimaan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12019,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,4971,4945,3031,4970,146],"authors":[],"class_list":["post-15480","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-bible","tag-dap-johor","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-senator-sheikh-umar-bagharib-ali","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15480","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15480"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15480\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15481,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15480\/revisions\/15481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12019"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15480"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15480"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15480"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15480"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}