{"id":15496,"date":"2026-09-15T05:54:20","date_gmt":"2026-09-15T05:54:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15496"},"modified":"2026-09-15T05:54:20","modified_gmt":"2026-09-15T05:54:20","slug":"puad-dakwa-pas-tidak-ikhlas-kerjasama-politik-enggan-buat-prn-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-dakwa-pas-tidak-ikhlas-kerjasama-politik-enggan-buat-prn-terengganu\/","title":{"rendered":"Puad dakwa PAS tidak ikhlas kerjasama politik, enggan buat PRN Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>Alasan kos pilihan raya digunakan PAS untuk menolak cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu lebih awal disifatkan sebagai bukti parti itu tidak ikhlas dalam usaha menjalinkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).<\/p>\n<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi, berkata pendirian Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menimbulkan persoalan kerana isu kos tidak pernah dibangkitkan parti itu ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan diawalkan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cTok Mat (Mohamad Hasan) memang bijak, beliau cuma mahu menguji keikhlasan PAS. Jawapan Tuan Ibrahim bahawa ia tidak perlu kerana melibatkan kos mendedahkan \u2018pekung\u2019 PAS,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Puad berkata, PAS juga dilihat tidak konsisten dalam pendirian apabila Tuan Ibrahim sebelum ini pernah menyokong supaya PRU16 diawalkan.<\/p>\n<p>\u201cKenapa bila PRN Johor dan Negeri Sembilan diawalkan, PAS tidak bersuara soal kos pilihan raya? Kalau soal mandat rakyat, mengadakan PRN lebih awal di salah satu negeri SG4 juga boleh menjadi ukuran sama ada rakyat menyokong penyatuan ummah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa PAS kini menggunakan kedudukannya yang mentadbir empat negeri dalam kelompok dikenali sebagai SG4 untuk memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), terutama di negeri yang gagal dimenangi BN.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Puad menyokong peringatan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, supaya parti itu berhati-hati dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PAS.<\/p>\n<p>Mohamad sebelum ini mencadangkan supaya PRN Terengganu diadakan bagi menguji keikhlasan PAS dalam usaha membentuk penyatuan Melayu serta melihat sejauh mana komitmen persefahaman politik antara kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan, jika formula itu berjaya, ia boleh dijadikan model penyatuan Melayu untuk menghadapi PRU16.<\/p>\n<p>Cadangan itu bagaimanapun ditolak Tuan Ibrahim yang menyifatkan tiada keperluan mengadakan PRN Terengganu lebih awal kerana pentadbiran kerajaan negeri ketika ini stabil dan prestasinya baik.<\/p>\n<p>Menurut Tuan Ibrahim, pilihan raya awal hanya akan menambah kos kepada rakyat serta mewujudkan tekanan politik yang tidak diperlukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alasan kos pilihan raya digunakan PAS untuk menolak cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu lebih awal disifatkan sebagai bukti parti itu tidak ikhlas dalam usaha menjalinkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi, berkata pendirian Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menimbulkan persoalan kerana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[824,4108,126,103,2581,146],"authors":[],"class_list":["post-15496","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerjasama","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-pas","tag-prn","tag-terengganu","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15497,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15496\/revisions\/15497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15496"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}