{"id":15500,"date":"2026-09-15T06:02:17","date_gmt":"2026-09-15T06:02:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15500"},"modified":"2026-09-15T06:02:17","modified_gmt":"2026-09-15T06:02:17","slug":"pas-tolak-cadangan-umno-mahu-bekerjasama-tanpa-pn-tuan-ibrahim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-tolak-cadangan-umno-mahu-bekerjasama-tanpa-pn-tuan-ibrahim\/","title":{"rendered":"PAS tolak cadangan UMNO mahu bekerjasama tanpa PN: Tuan Ibrahim"},"content":{"rendered":"<p>PAS berpandangan agenda penyatuan ummah tidak seharusnya terhad kepada kerjasama dengan UMNO, sebaliknya perlu diperluas kepada pelbagai pihak bagi membentuk gabungan politik lebih inklusif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun PAS dan UMNO menjadi antara kekuatan utama politik Melayu-Islam, penyatuan yang terlalu terhad boleh menyebabkan kelompok lain dalam masyarakat tersisih.<\/p>\n<p>\u201cPenyatuan ummah perlu diperluas. Jangan kita hadkan hanya kepada PAS dan UMNO kerana ada kelompok lain yang turut mempunyai peranan dalam masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cPerubahan landskap politik serta pertambahan pengundi muda menuntut satu kerangka atau gabungan politik baharu yang lebih inklusif dan mampu menawarkan penyelesaian kepada persoalan masa depan,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, generasi muda tidak semestinya terikat dengan sejarah dan percaturan politik generasi terdahulu, sebaliknya lebih berminat melihat penyelesaian terhadap isu masa depan.<\/p>\n<p>\u201cGenerasi muda tidak semestinya terikat dengan sejarah serta percaturan politik generasi terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cMereka mahu melihat penyelesaian terhadap persoalan masa depan, bukannya sekadar mengulangi pertikaian masa lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tuan Ibrahim berkata, perbezaan sejarah, pendekatan dan agenda politik antara parti juga tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada usaha penyatuan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, perbezaan itu perlu diurus secara bijaksana tanpa mana-mana pihak dipaksa mengorbankan identiti masing-masing.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerangka baharu penyatuan ummah juga perlu berani menangani isu besar negara termasuk politik perkauman melampau, kelemahan perpaduan nasional, rasuah, salah guna kuasa dan penguasaan kartel.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir ketika UMNO dan PAS kembali memberi tumpuan kepada agenda penyatuan orang Melayu menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>Kedua-dua parti sebelum ini pernah bekerjasama menerusi Muafakat Nasional selepas PRU-14, sebelum hubungan itu berakhir susulan perubahan politik dan pembentukan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Terbaharu, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin dilaporkan mencadangkan rundingan kerjasama politik antara UMNO dan PAS dimulakan menjelang PRU-16, namun tanpa melibatkan PN.<\/p>\n<p>Beliau turut menyindir kewujudan \u201cparti kucing\u201d dalam PN, tanpa menamakan parti yang dimaksudkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS berpandangan agenda penyatuan ummah tidak seharusnya terhad kepada kerjasama dengan UMNO, sebaliknya perlu diperluas kepada pelbagai pihak bagi membentuk gabungan politik lebih inklusif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun PAS dan UMNO menjadi antara kekuatan utama politik Melayu-Islam, penyatuan yang terlalu terhad boleh menyebabkan kelompok [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[824,4977,126,541,101,2661,146],"authors":[],"class_list":["post-15500","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerjasama","tag-kucing","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-pru-16","tag-tuan-ibrahim-tuan-man","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15500","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15500"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15500\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15501,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15500\/revisions\/15501"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15500"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15500"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15500"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15500"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}