{"id":15519,"date":"2026-09-15T13:22:32","date_gmt":"2026-09-15T13:22:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15519"},"modified":"2026-09-15T13:22:32","modified_gmt":"2026-09-15T13:22:32","slug":"agong-raja-permaisuri-nasihat-rakyat-lindungi-diri-ketika-jerebu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agong-raja-permaisuri-nasihat-rakyat-lindungi-diri-ketika-jerebu\/","title":{"rendered":"Agong, Raja Permaisuri nasihat rakyat lindungi diri ketika jerebu"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka, terutama ketika berada di kawasan dengan kualiti udara tidak sihat.<\/p>\n<p>Menurut hantaran itu, pencemaran udara boleh memberi kesan kepada kesihatan, termasuk meningkatkan risiko masalah berkaitan sistem pernafasan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru rakyat, khususnya warga emas, kanak-kanak, golongan yang mempunyai masalah pernafasan serta individu yang bekerja di luar, dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada kesan buruk pencemaran udara,\u201d menurut hantaran itu.<\/p>\n<p>Seri Paduka Baginda berdua turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar, khususnya ketika bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.<\/p>\n<p>Rakyat juga disaran memastikan pengambilan air mencukupi selain sentiasa mengikuti pengumuman rasmi dan perkembangan bacaan IPU bagi membantu melindungi kesihatan diri serta keluarga.<\/p>\n<p>\u201cSeri Paduka Baginda berdua berharap seluruh rakyat sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi keadaan jerebu,\u201d menurut hantaran tersebut.<\/p>\n<p>Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 8 malam ini.<\/p>\n<p>Sebanyak 25 kawasan pula mencatatkan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya satu stesen merekodkan bacaan pada tahap baik.<\/p>\n<p>Keadaan jerebu lazimnya boleh memberi kesan lebih ketara kepada kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. Pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar juga boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, orang ramai disaran mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dan mengurangkan pendedahan kepada udara luar sekiranya bacaan IPU meningkat ke tahap tidak sihat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka, terutama ketika berada di kawasan dengan kualiti udara tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,4820,4984,506,4983],"authors":[],"class_list":["post-15519","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-jerebu","tag-pelitup-muka","tag-rakyat","tag-sultan-ibrahim-sultan-iskandar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15519","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15519"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15520,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15519\/revisions\/15520"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15519"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}