{"id":15521,"date":"2026-09-15T13:28:40","date_gmt":"2026-09-15T13:28:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15521"},"modified":"2026-09-15T13:28:40","modified_gmt":"2026-09-15T13:28:40","slug":"isu-ydp-besar-perlu-ikut-undang-undang-tubuh-bukan-kuasa-mb-putuskan-ismail-lasim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-ydp-besar-perlu-ikut-undang-undang-tubuh-bukan-kuasa-mb-putuskan-ismail-lasim\/","title":{"rendered":"Isu YDP Besar perlu ikut Undang-Undang Tubuh, bukan kuasa MB putuskan: Ismail Lasim"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya perkara itu tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.<\/p>\n<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim berkata, pendirian itu ditegaskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung hari ini ketika timbul isu berkaitan Surat Cara Proklamasi yang didakwa mempunyai kesan terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang tindakan berkaitan kedudukan institusi beraja perlu dibuat berdasarkan sumber kuasa, syarat dan prosedur yang ditetapkan dalam UUTKNS.<\/p>\n<p>\u201cMenteri Besar tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>\u201cKedudukan dan proses yang berkaitan dengan Yang di-Pertuan Besar adalah perkara yang diperuntukkan secara khusus oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ismail berkata, Perkara 10 UUTKNS menetapkan kerangka khusus berkaitan tindakan terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar, termasuk proses serta keperluan berkaitan sesuatu proklamasi.<\/p>\n<p>Katanya, kewujudan sesuatu proklamasi tidak secara automatik memberikan kuasa perlembagaan kepada pihak yang mengeluarkannya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, kesahihan dan kesan undang-undang sesuatu proklamasi perlu dinilai berdasarkan sumber kuasa serta pematuhan terhadap syarat dan prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang tubuh negeri.<\/p>\n<p>\u201cPersoalan yang wajar ditentukan ialah sumber kuasa perlembagaan bagi Proklamasi tersebut, syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta sama ada kesemua syarat dan prosedur itu telah dipatuhi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan isu berkenaan tidak wajar dilihat sebagai pertikaian politik atau peribadi kerana ia menyentuh soal keluhuran perlembagaan dan prinsip Raja Berperlembagaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, institusi raja dan adat, Menteri Besar serta Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan dan fungsi masing-masing yang telah ditentukan oleh UUTKNS.<\/p>\n<p>Ismail berkata, sebarang pertikaian berkaitan perkara itu perlu diselesaikan melalui saluran perlembagaan dan undang-undang yang sah, termasuk penentuan kehakiman sekiranya diperlukan.<\/p>\n<p>\u201cApa yang perlu dipertahankan bukan kepentingan mana-mana individu, tetapi keluhuran Perlembagaan, kepastian undang-undang dan kesinambungan institusi Raja Berperlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cUndang-Undang Tubuh mesti menjadi asas. Proses perlembagaan mesti dihormati. Institusi mesti dipelihara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan komitmen menghormati Institusi Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Isu itu mendapat perhatian susulan dakwaan berkaitan Surat Cara Proklamasi yang dikatakan mempunyai implikasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai bidang kuasa perlembagaan dalam perkara berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya perkara itu tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim berkata, pendirian itu ditegaskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung hari ini ketika timbul isu berkaitan Surat Cara Proklamasi yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4644,69,408,1154,4088],"authors":[],"class_list":["post-15521","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ismail-lasim","tag-jawatan","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15521","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15521"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15521\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15522,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15521\/revisions\/15522"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15521"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15521"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15521"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15521"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}