{"id":15532,"date":"2026-09-15T16:02:31","date_gmt":"2026-09-15T16:02:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15532"},"modified":"2026-09-15T16:02:31","modified_gmt":"2026-09-15T16:02:31","slug":"kes-muhyiddin-agc-tidak-mahu-risiko-jejaskan-pertuduhan-lain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-muhyiddin-agc-tidak-mahu-risiko-jejaskan-pertuduhan-lain\/","title":{"rendered":"Kes Muhyiddin: AGC tidak mahu risiko jejaskan pertuduhan lain"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan beberapa pertuduhan terhadap Muhyiddin Yassin selepas menilai secara menyeluruh kekuatan keterangan, keboleh-buktian serta kesan keputusan itu terhadap pertuduhan lain yang masih dihadapi bekas Perdana Menteri berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan malam ini, AGC menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian profesional dan mengambil kira kepentingan keseluruhan pendakwaan, termasuk risiko litigasi yang boleh menjejaskan strategi serta pembuktian bagi kes lain.<\/p>\n<p>\u201cPihak pendakwaan perlu menilai kepentingan keseluruhan kes dan bukannya mempertahankan pertuduhan secara terasing.<\/p>\n<p>\u201cTugas pendakwa raya bukan untuk mempertahankan sesuatu pertuduhan pada apa jua keadaan, tetapi memastikan hanya pertuduhan yang mempunyai asas keterangan mencukupi dan boleh dipertahankan di mahkamah diteruskan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>AGC turut menegaskan keputusan tidak meneruskan pertuduhan berkenaan bukan bermaksud pertuduhan tersebut sebelum ini dibuat tanpa asas.<\/p>\n<p>Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan juga tidak boleh ditafsirkan sebagai dapatan bahawa transaksi yang menjadi subjek siasatan tidak berlaku.<\/p>\n<p>Sebaliknya, AGC berkata keputusan pendakwaan boleh dan perlu dinilai semula berdasarkan keseluruhan keterangan, kebolehterimaan bahan bukti, kredibiliti saksi serta implikasinya terhadap prosiding lain.<\/p>\n<p>\u201cSetelah mengambil kira keseluruhan faktor tersebut, Jabatan ini berpendirian bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut bukan lagi suatu langkah pendakwaan yang wajar dan berhemat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan itu tidak menamatkan keseluruhan prosiding jenayah terhadap Muhyiddin.<\/p>\n<p>AGC mengesahkan pendakwaan terhadap tiga lagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) masih diteruskan.<\/p>\n<p>Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menjelaskan pendirian AGC dalam membuat keputusan pendakwaan, khususnya apabila sesuatu pertuduhan mempunyai kaitan dengan pertuduhan lain dalam kes sama.<\/p>\n<p>AGC turut menekankan setiap keputusan pendakwaan perlu dibuat berdasarkan undang-undang keterangan dan kepentingan pentadbiran keadilan, bukan semata-mata untuk mengekalkan sesuatu pertuduhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan beberapa pertuduhan terhadap Muhyiddin Yassin selepas menilai secara menyeluruh kekuatan keterangan, keboleh-buktian serta kesan keputusan itu terhadap pertuduhan lain yang masih dihadapi bekas Perdana Menteri berkenaan. Dalam kenyataan malam ini, AGC menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian profesional dan mengambil kira kepentingan keseluruhan pendakwaan, termasuk risiko litigasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1370,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[406,58,1590,342,1350],"authors":[],"class_list":["post-15532","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agc","tag-mahkamah","tag-muhyiddin-yassin","tag-peguam-negara","tag-pertuduhan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15532","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15532"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15532\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15533,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15532\/revisions\/15533"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15532"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15532"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15532"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15532"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}