{"id":15538,"date":"2026-09-16T05:26:28","date_gmt":"2026-09-16T05:26:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15538"},"modified":"2026-09-16T05:26:28","modified_gmt":"2026-09-16T05:26:28","slug":"kuasa-bukan-untuk-kepentingan-diri-mat-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kuasa-bukan-untuk-kepentingan-diri-mat-sabu\/","title":{"rendered":"Kuasa bukan untuk kepentingan diri: Mat Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu mengingatkan ahli parti supaya melihat kuasa politik sebagai amanah untuk melaksanakan kebaikan, keadilan dan reformasi, bukan peluang mengutamakan kepentingan diri atau kelompok tertentu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengalaman Amanah sepanjang 11 tahun penubuhannya menunjukkan kuasa politik penting bagi memastikan sesuatu gagasan dapat diterjemahkan kepada dasar dan tindakan.<\/p>\n<p>\u201cDalam politik, kuasa itu penting. Tanpa kuasa, banyak perkara hanya tinggal sebagai cadangan dan cita-cita.<\/p>\n<p>\u201cDengan kuasalah dasar boleh dilaksanakan, undang-undang diperbaiki, institusi diperkukuhkan dan keadilan ditegakkan,\u201d katanya dalam perutusan sempena ulang tahun ke-11 Amanah hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Mohamad, kuasa perlu disertai tanggungjawab kerana penyalahgunaannya boleh membawa kemudaratan kepada rakyat dan negara.<\/p>\n<p>\u201cKebaikan memerlukan kekuatan untuk dilaksanakan, manakala keadilan pula memerlukan kuasa untuk ditegakkan.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kuasa hadir bersama amanah dan akan membawa kemudaratan sekiranya digunakan demi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan sejarah perjuangan Rasulullah SAW selepas penghijrahan ke Madinah yang bukan sekadar menyampaikan risalah, malah memimpin masyarakat, menyusun pentadbiran, menjaga keamanan serta mempertahankan masyarakat daripada ancaman.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, Amanah sejak awal memilih pendekatan Rahmatan Lil \u2018Alamin dengan membawa gagasan Islam yang menekankan rahmat, keadilan dan kebaikan kepada semua tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu politik yang menyatukan, bukan memecahkan. Politik yang mencari penyelesaian kepada masalah rakyat, bukan menjadikan perbezaan sebagai modal permusuhan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita bercakap soal rahmah, rakyat mesti dapat merasainya melalui kerja kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan ahli Amanah supaya memahami perubahan geopolitik dunia kerana konflik di Palestin, Asia Barat dan persaingan kuasa besar boleh memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan serta bekalan makanan Malaysia.<\/p>\n<p>Katanya, konflik antarabangsa tidak wajar dilihat hanya melalui sudut kaum, agama atau mazhab kerana terdapat faktor lain seperti perebutan kuasa, pengaruh, sumber dan kepentingan geopolitik.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita tidak memahami percaturan ini, kita mudah dipengaruhi oleh propaganda orang lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengimbas perjalanan Amanah, Mohamad berkata parti itu melalui beberapa fasa politik termasuk menjadi pembangkang, mentadbir kerajaan, kembali menjadi pembangkang dan kini terlibat dalam pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Beliau turut mengenang jasa pejuang awal parti yang telah meninggal dunia, termasuk Salahuddin Ayub yang banyak menyumbang dalam pembinaan Amanah.<\/p>\n<p>Memasuki tahun ke-12, beliau berkata Amanah akan memberi tumpuan kepada pengukuhan parti, mendekati rakyat serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda dan wanita.<\/p>\n<p>\u201cAgenda reformasi juga mesti terus diperjuangkan. Apa yang perlu diperbaiki, kita perbaiki. Penyelewengan mesti ditentang dan institusi negara mesti terus diperkukuhkan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu mengingatkan ahli parti supaya melihat kuasa politik sebagai amanah untuk melaksanakan kebaikan, keadilan dan reformasi, bukan peluang mengutamakan kepentingan diri atau kelompok tertentu. Beliau berkata, pengalaman Amanah sepanjang 11 tahun penubuhannya menunjukkan kuasa politik penting bagi memastikan sesuatu gagasan dapat diterjemahkan kepada dasar dan tindakan. \u201cDalam politik, kuasa itu penting. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3048,2345,581,101],"authors":[],"class_list":["post-15538","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-kuasa","tag-mohamad-sabu","tag-presiden","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15538"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15538\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15539,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15538\/revisions\/15539"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15538"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}