{"id":1554,"date":"2025-07-16T06:04:53","date_gmt":"2025-07-16T06:04:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1554"},"modified":"2025-07-16T06:04:53","modified_gmt":"2025-07-16T06:04:53","slug":"tiga-kali-pas-tukar-pendirian-isu-rci-kehakiman-takut-nampak-bangang-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiga-kali-pas-tukar-pendirian-isu-rci-kehakiman-takut-nampak-bangang-rafizi\/","title":{"rendered":"Tiga kali PAS tukar pendirian isu RCI kehakiman, takut nampak bangang: Rafizi"},"content":{"rendered":"<p>PAS disindir Rafizi Ramli kerana menukar-nukar pendirian sebanyak tiga kali berkait isu melibatkan institusi kehakiman yang menjadi tumpuan awam.<\/p>\n<p>Bekas timbalan presiden PKR itu berkata pemimpin PAS tidak mempunyai pendirian tetap dalam isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan pelantikan hakim mahkamah atasan yang disuarakan, malah sering membuat kenyataan yang berbeza-beza.<\/p>\n<p>\u201cDalam seminggu, PAS berubah pendirian 3 kali. Ini mirip kepada kebolehan PAS menjatuhkan hukuman yang berbeza-beza mengikut keadaan, asalkan boleh tunggang,\u201d katanya menerusi kenyataan video yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat supaya beliau menyertai himpunan `Turun Anwar\u2019 sebelum bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tidak lama kemudiaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula menyebut kenyataan Tuan Ibrahim itu bukan pendirian parti, sebaliknya menyokong cadangan penubuhan RCI.<\/p>\n<p>Namun, sehari kemudian, dakwa Rafizi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan pula membuat pusingan U dengan menegaskan pembangkang menolak cadangan penubuhan RCI tersebut.<\/p>\n<p>Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, isu kebebasan badan kehakiman sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira laba politik.<\/p>\n<p>Namun, akhirnya, ujar beliau, yang lebih lantang bersuara adalah backbencher (penyokong) kerajaan kerana pembangkang hanya berminat untuk `tebuk atap\u2019 supaya dapat menjadi menteri semula.<\/p>\n<p>\u201cMemang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang.<\/p>\n<p>\u201cTapi hati-hati, kalau Pas salah tunggang, nanti nampak bangang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Rafizi serta lapan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS disindir Rafizi Ramli kerana menukar-nukar pendirian sebanyak tiga kali berkait isu melibatkan institusi kehakiman yang menjadi tumpuan awam. Bekas timbalan presiden PKR itu berkata pemimpin PAS tidak mempunyai pendirian tetap dalam isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan pelantikan hakim mahkamah atasan yang disuarakan, malah sering membuat kenyataan yang berbeza-beza. \u201cDalam seminggu, PAS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[612,58,126,9,8,828],"authors":[],"class_list":["post-1554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kehakiman","tag-mahkamah","tag-pas","tag-pkr","tag-rafizi","tag-rci"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1555,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1554\/revisions\/1555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1554"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}