{"id":15550,"date":"2026-09-16T10:12:43","date_gmt":"2026-09-16T10:12:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15550"},"modified":"2026-09-16T10:12:43","modified_gmt":"2026-09-16T10:12:43","slug":"keresahan-bil-elektrik-naik-kerajaan-cari-langkah-segera-tangani-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keresahan-bil-elektrik-naik-kerajaan-cari-langkah-segera-tangani-pmx\/","title":{"rendered":"Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap keresahan rakyat susulan kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini dan mengarahkan langkah segera diteliti bagi mengurangkan beban isi rumah terjejas.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau mengambil maklum keluhan rakyat dan melihat isu itu perlu ditangani dengan segera, terutama apabila peningkatan penggunaan elektrik turut dipengaruhi keadaan cuaca yang lebih panas.<\/p>\n<p>\u201cSekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Susulan itu, satu mesyuarat khas akan diadakan esok membabitkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Mesyuarat berkenaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar menegaskan kerajaan akan meneruskan pendekatan penyasaran subsidi bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang memerlukan, selain melindungi majoriti pengguna domestik.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kira-kira 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, cuaca panas serta keadaan jerebu sejak kebelakangan ini dipercayai mendorong sebahagian isi rumah meningkatkan penggunaan elektrik.<\/p>\n<p>Apabila penggunaan bulanan melepasi paras 600 kWj, pengguna terbabit boleh terdedah kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), sekali gus menyebabkan bil meningkat.<\/p>\n<p>Isu kenaikan bil elektrik mendapat perhatian selepas sebahagian pengguna melaporkan peningkatan ketara dalam jumlah bayaran bulanan, terutama ketika penggunaan elektrik meningkat akibat cuaca panas.<\/p>\n<p>Anwar berkata kerajaan akan memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi dibuat secara adil dan munasabah dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi dibuat secara adil dan munasabah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap keresahan rakyat susulan kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini dan mengarahkan langkah segera diteliti bagi mengurangkan beban isi rumah terjejas. Anwar berkata, beliau mengambil maklum keluhan rakyat dan melihat isu itu perlu ditangani dengan segera, terutama apabila peningkatan penggunaan elektrik turut dipengaruhi keadaan cuaca yang lebih panas. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1180,638,482,3443,18,639],"authors":[],"class_list":["post-15550","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bil","tag-elektrik","tag-mof","tag-petra","tag-pmx","tag-tnb"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15550"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15550\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15551,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15550\/revisions\/15551"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15550"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}