{"id":15552,"date":"2026-09-16T10:14:30","date_gmt":"2026-09-16T10:14:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15552"},"modified":"2026-09-16T10:14:30","modified_gmt":"2026-09-16T10:14:30","slug":"bubar-dun-melaka-ab-rauf-masih-berteka-teki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bubar-dun-melaka-ab-rauf-masih-berteka-teki\/","title":{"rendered":"Bubar DUN Melaka? Ab Rauf masih berteka-teki"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menafikan dakwaan sudah menandatangani dokumen berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, sekiranya dokumen pembubaran DUN sudah ditandatangani, pengumuman rasmi akan dibuat pada hari sama.<\/p>\n<p>\u201cKalau sudah tanda tangan, hari inilah saya isytihar. Memang tiada tanda tangan apa-apa dokumen pembubaran. Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar. Tapi memang tiada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Persimpangan Tiga kepada Bulatan di Jalan Padang Kamunting sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Ab Rauf, pertemuannya dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam semalam merupakan pertemuan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan keputusan untuk membubarkan DUN.<\/p>\n<p>Beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, pertemuan itu merupakan kali pertama beliau bertemu Yang di-Pertua Negeri pada bulan ini.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN Melaka, Ab Rauf sekali lagi memilih untuk tidak mendedahkan tarikh berkenaan, sebaliknya memberi bayangan proses tersebut akan berlaku pada hari Jumaat.<\/p>\n<p>\u201cIa akan berlaku pada satu Jumaat lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya sama ada Jumaat terakhir bulan ini akan menjadi tarikh pembubaran DUN, beliau hanya menjawab secara berseloroh.<\/p>\n<p>\u201cEntah, ada satu lagi lah. Tak tahu bila. Chase me if you can,\u201d katanya.<\/p>\n<p>DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan tempoh penggal semasa semakin menghampiri penghujungnya. Perkembangan berkaitan tarikh pembubaran DUN kini menjadi perhatian susulan spekulasi mengenai kemungkinan PRN Melaka diadakan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Spekulasi itu turut tercetus selepas tersebar dakwaan di aplikasi WhatsApp semalam kononnya Ab Rauf bersama Mohd Ali sudah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Melaka sebelum ini menafikan dakwaan tersebut. Ketua Komunikasi Media Ketua Menteri Melaka, NorHafizah Mohd Sati, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan seperti yang didakwa dalam maklumat yang tersebar.<\/p>\n<p>Setakat ini, Ab Rauf masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembubaran DUN Melaka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menafikan dakwaan sudah menandatangani dokumen berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Ab Rauf berkata, sekiranya dokumen pembubaran DUN sudah ditandatangani, pengumuman rasmi akan dibuat pada hari sama. \u201cKalau sudah tanda tangan, hari inilah saya isytihar. Memang tiada tanda tangan apa-apa dokumen pembubaran. Kalau dah tanda tangan, hari inilah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,549,409,4995,103],"authors":[],"class_list":["post-15552","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bubar","tag-dun","tag-ketua-menteri-melaka","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15552","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15552"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15552\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15553,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15552\/revisions\/15553"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15552"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15552"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15552"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15552"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}