{"id":15554,"date":"2026-09-16T10:21:06","date_gmt":"2026-09-16T10:21:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15554"},"modified":"2026-09-16T10:21:06","modified_gmt":"2026-09-16T10:21:06","slug":"malaysia-sokong-saudi-lindungi-keselamatan-makkah-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-sokong-saudi-lindungi-keselamatan-makkah-anwar\/","title":{"rendered":"Malaysia sokong Saudi lindungi keselamatan Makkah: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia menyatakan sokongan kepada Kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan memintas sebuah dron berhampiran Makkah al-Mukarramah, sambil menegaskan sebarang tindakan yang mengancam keselamatan serta kesucian kota suci itu tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menghargai tindakan pantas pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keselamatan penduduk dan jemaah di Makkah terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah.<\/p>\n<p>\u201cInsiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut menyeru semua pihak supaya menghentikan serta-merta sebarang serangan terhadap kawasan awam, termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci umat Islam.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keselamatan Makkah bukan sahaja berkait dengan penduduk tempatan, malah melibatkan jutaan umat Islam dari seluruh dunia yang berkunjung ke kota itu bagi melaksanakan ibadah.<\/p>\n<p>Malaysia pada masa sama menggesa semua pihak yang terlibat dalam ketegangan serantau supaya mengutamakan pendekatan damai dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan keadaan.<\/p>\n<p>\u201cSemua pihak harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Insiden dron berkenaan berlaku ketika Arab Saudi terus memperketat aspek keselamatan di sekitar kawasan sensitif, khususnya Makkah yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.<\/p>\n<p>Makkah merupakan lokasi Masjidil Haram dan Kaabah serta menjadi destinasi utama umat Islam ketika musim haji dan umrah. Sebarang ancaman terhadap keselamatan kawasan itu dilihat serius kerana ia melibatkan keselamatan jemaah antarabangsa yang berada di sana.<\/p>\n<p>Malaysia sebelum ini turut konsisten menyuarakan pendirian supaya konflik dan ketegangan di rantau Timur Tengah diselesaikan menerusi rundingan serta saluran diplomatik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menyatakan sokongan kepada Kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan memintas sebuah dron berhampiran Makkah al-Mukarramah, sambil menegaskan sebarang tindakan yang mengancam keselamatan serta kesucian kota suci itu tidak boleh diterima. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menghargai tindakan pantas pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keselamatan penduduk dan jemaah di Makkah terus terpelihara. \u201cSaya mengikuti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15555,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,970,17,4996,4985,18,928],"authors":[],"class_list":["post-15554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-arab-saudi","tag-dron","tag-kota","tag-makkah","tag-pmx","tag-serangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15556,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15554\/revisions\/15556"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15555"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15554"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}