{"id":15566,"date":"2026-09-16T12:07:32","date_gmt":"2026-09-16T12:07:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15566"},"modified":"2026-09-16T12:08:29","modified_gmt":"2026-09-16T12:08:29","slug":"harga-minyak-tanpa-subsidi-naik-35-sen-susulan-ketegangan-asia-barat-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-tanpa-subsidi-naik-35-sen-susulan-ketegangan-asia-barat-mof\/","title":{"rendered":"Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi meningkat 35 sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 September 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter, berbanding RM4.50 sebelum ini.<\/p>\n<p>RON95 tanpa subsidi pula meningkat daripada RM4.02 kepada RM4.37 seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik daripada RM4.92 kepada RM5.27 seliter.<\/p>\n<p>Kenaikan itu berlaku ketika harga minyak mentah dunia kembali meningkat susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat serta gangguan terhadap bekalan dan kapasiti penapisan global.<\/p>\n<p>Menurut MOF, perkembangan di Asia Barat memuncak selepas 200 hari konflik, termasuk serangan Iran terhadap kapal yang berhampiran Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas lima kapal tangki Iran.<\/p>\n<p>Situasi itu turut menjejaskan laluan perdagangan utama apabila trafik kapal melalui Selat Hormuz merosot ke paras satu angka susulan peningkatan serangan.<\/p>\n<p>Keadaan menjadi lebih mencabar selepas serangan dron menyebabkan operasi saluran paip East-West Arab Saudi, antara laluan utama yang memintas Selat Hormuz, dihentikan sementara.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan ketegangan di Asia Barat serta konflik Rusia-Ukraine berisiko menyebabkan ketidak tentuan harga petroleum berlarutan dalam tempoh mendatang,\u201d menurut kenyataan MOF.<\/p>\n<p>Perkembangan berkenaan turut mendorong harga minyak mentah Brent kembali melepasi AS$100 setong dan menghampiri AS$110 setong dalam tempoh pengiraan APM.<\/p>\n<p>Pada masa sama, margin penapisan kekal tinggi susulan gangguan kapasiti penapisan di Rusia. Kekangan bekalan minyak mentah serta gangguan kapasiti penapisan terus mengehadkan pengeluaran produk petroleum bertapis, sekali gus memberi tekanan kepada harga petroleum dunia.<\/p>\n<p>Walaupun harga tanpa subsidi meningkat, kerajaan mengekalkan harga petrol dan diesel bersubsidi melalui mekanisme BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.<\/p>\n<p>Penerima BUDI95 terus membayar RM1.99 seliter, dengan kerajaan menanggung subsidi RM2.38 seliter, bersamaan kira-kira 54 peratus daripada harga tanpa subsidi.<\/p>\n<p>Bagi penerima BUDI Diesel, harga kekal pada RM2.10 seliter, berbanding harga tanpa subsidi RM5.27 seliter. Ini melibatkan subsidi RM3.17 seliter atau sekitar 60 peratus daripada harga pasaran tanpa subsidi.<\/p>\n<p>Harga petrol bersubsidi melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pula kekal RM2.05 seliter, manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.<\/p>\n<p>Kerajaan turut mengekalkan kelayakan bulanan BUDI95 dan BUDI Diesel menggunakan MyKad, tertakluk kepada had yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Mulai 1 September 2026, had kelayakan asas bulanan BUDI95 dan BUDI Diesel dinaikkan semula kepada 300 liter, manakala pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak menerima tambahan 100 liter, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 400 liter sebulan.<\/p>\n<p>MOF berkata kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhati-hati bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga minyak, selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi meningkat 35 sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 September 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter, berbanding RM4.50 sebelum ini. RON95 tanpa subsidi pula meningkat daripada RM4.02 kepada RM4.37 seliter, manakala diesel tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[637,646,645,482,583,555,915],"authors":[],"class_list":["post-15566","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asia-barat","tag-dunia","tag-harga-minyak","tag-mof","tag-perang","tag-ron95","tag-ron97"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15566","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15566"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15566\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15567,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15566\/revisions\/15567"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15566"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15566"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15566"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15566"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}