{"id":15572,"date":"2026-09-16T12:24:21","date_gmt":"2026-09-16T12:24:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15572"},"modified":"2026-09-16T12:24:21","modified_gmt":"2026-09-16T12:24:21","slug":"mca-selangor-desak-kerajaan-iktiraf-uec-sepenuhnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mca-selangor-desak-kerajaan-iktiraf-uec-sepenuhnya\/","title":{"rendered":"MCA Selangor desak kerajaan iktiraf UEC sepenuhnya"},"content":{"rendered":"<p>MCA Selangor menggesa kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti awam dan laluan ke perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>Gesaan itu terkandung dalam resolusi yang diluluskan pada Konvensyen MCA Selangor, dengan parti itu meminta Putrajaya menunaikan janji pilihan raya menerusi mekanisme pengiktirafan UEC yang adil, telus dan seragam.<\/p>\n<p>MCA Selangor turut mahu sistem kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk laluan STPM, matrikulasi, asasi dan sistem permohonan UPU, dikaji semula supaya pemilihan lebih berasaskan pencapaian akademik dan merit.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan perlu memastikan semua pelajar yang layak diberi peluang sama rata serta mendedahkan data kemasukan, peruntukan kuota dan kriteria pemilihan secara terbuka bagi semua laluan pendidikan tinggi,\u201d menurut resolusi itu.<\/p>\n<p>Pada Mei lalu, kerajaan memutuskan lepasan UEC boleh melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Bagaimanapun, kemasukan ketika ini tertumpu kepada beberapa program berkaitan bahasa dan pengajian Cina.<\/p>\n<p>Antaranya Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina serta Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.<\/p>\n<p>Ketua MCA Selangor Lawrence Low berkata kira-kira 630 ahli menghadiri konvensyen negeri itu yang turut membincangkan isu politik, pendidikan, kebudayaan dan ekonomi.<\/p>\n<p>Selain isu pendidikan, MCA Selangor turut meminta kerajaan negeri mengkaji semula garis panduan berkaitan rumah ibadat bukan Islam susulan aduan mengenai perobohan tempat ibadat dan masalah parkir.<\/p>\n<p>Lawrence berkata satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya Andy Teoh akan meneliti aspek perundangan serta aduan berkaitan garis panduan itu.<\/p>\n<p>Dalam isu industri penternakan pula, MCA Selangor menggesa kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan penternak babi dan pengusaha industri susulan larangan penternakan babi di seluruh Selangor yang dilaksanakan secara berperingkat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan harus membantu pengusaha industri beralih secara teratur ke sektor penternakan lain yang bersesuaian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MCA Selangor turut mencadangkan GST dikembalikan bagi menggantikan SST dan sistem e-invois, selain penubuhan jawatankuasa khas ekonomi rentas sektor bagi menyelaras tindak balas terhadap risiko ekonomi global dan kejutan luaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA Selangor menggesa kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti awam dan laluan ke perkhidmatan awam. Gesaan itu terkandung dalam resolusi yang diluluskan pada Konvensyen MCA Selangor, dengan parti itu meminta Putrajaya menunaikan janji pilihan raya menerusi mekanisme pengiktirafan UEC yang adil, telus dan seragam. MCA Selangor turut mahu sistem kemasukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15573,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[857,975,180,973,2533,96,2666],"authors":[],"class_list":["post-15572","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cina","tag-kpm","tag-mca","tag-pendidikan","tag-peperiksaan","tag-selangor","tag-uec"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15572","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15572"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15574,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15572\/revisions\/15574"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15572"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}