{"id":15578,"date":"2026-09-16T14:01:30","date_gmt":"2026-09-16T14:01:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15578"},"modified":"2026-09-16T17:18:13","modified_gmt":"2026-09-16T17:18:13","slug":"sabah-sarawak-dan-seluruh-malaysia-perlu-maju-bersama-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sabah-sarawak-dan-seluruh-malaysia-perlu-maju-bersama-fahmi\/","title":{"rendered":"Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Semangat \u201cSegulai Sejalai\u201d atau bergerak seiring dan sejalan perlu terus diperkukuh dalam kalangan rakyat bagi membina Malaysia yang lebih maju, makmur, bersatu dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perpaduan, pembangunan dan kemajuan teknologi perlu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat tanpa mengira negeri, kaum, agama atau latar belakang.<\/p>\n<p>Beliau berkata perkara itu penting dalam usaha memastikan kemajuan setiap wilayah, khususnya Sabah dan Sarawak, dapat dirasai sebagai sebahagian daripada kejayaan bersama seluruh rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita menjadikan kemajuan Sarawak, pembangunan Sabah dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia sebagai kejayaan bersama,\u201d katanya menerusi tayangan video ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam ini.<\/p>\n<p>Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berkata kemajuan teknologi dalam era digital perlu dimanfaatkan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan MADANI terus memberi perhatian terhadap akses digital di Sabah dan Sarawak menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), termasuk usaha memperluas kemudahan telekomunikasi.<\/p>\n<p>\u201cPendigitalan bukan sekadar capaian Internet tetapi membuka peluang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan untuk semua rakyat tanpa terpinggir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kerajaan turut mempergiat pembinaan menara telekomunikasi serta memperluas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menyediakan ruang kepada masyarakat mendapatkan akses, kemahiran dan manfaat teknologi digital.<\/p>\n<p>Fahmi berkata sebanyak 23 NADI di Sarawak yang diluluskan pada 2024 kini sudah siap dan sedia digunakan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengetengahkan kejayaan NADI Pulau Banggi di Sabah yang dinobatkan sebagai juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori Pembangunan Kapasiti.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan NADI Pulau Banggi di pentas antarabangsa membuktikan faktor lokasi bukan lagi penghalang untuk mencapai kecemerlangan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semangat \u201cSegulai Sejalai\u201d atau bergerak seiring dan sejalan perlu terus diperkukuh dalam kalangan rakyat bagi membina Malaysia yang lebih maju, makmur, bersatu dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perpaduan, pembangunan dan kemajuan teknologi perlu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat tanpa mengira negeri, kaum, agama atau latar belakang. Beliau berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15579,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1399,184,16,2124,158,4999],"authors":[],"class_list":["post-15578","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-hari-malaysia","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-sambutan","tag-sarawak","tag-segulai-sejalai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15578"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15578\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15580,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15578\/revisions\/15580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15579"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15578"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}