{"id":15585,"date":"2026-09-16T17:12:12","date_gmt":"2026-09-16T17:12:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15585"},"modified":"2026-09-16T17:22:50","modified_gmt":"2026-09-16T17:22:50","slug":"geran-khas-sarawak-diumum-naik-rm1-5-bilion-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/geran-khas-sarawak-diumum-naik-rm1-5-bilion-pmx\/","title":{"rendered":"Geran khas Sarawak diumum naik RM1.5 bilion: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan geran khas interim untuk Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun, berbanding RM600 juta sebelum ini, berkuat kuasa tahun ini.<\/p>\n<p>Pengumuman itu dibuat pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, ketika isu hak dan kepentingan Sabah serta Sarawak terus menjadi antara agenda utama hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Anwar berkata peningkatan tersebut mencerminkan semangat setiakawan serta hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini saya sudah umum untuk Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.<\/p>\n<p>\u201cAtas semangat setiakawan, persahabatan dan semangat Malaysia, malam ini saya umum untuk Sarawak RM1.5 bilion juga. Itu adalah hasil persahabatan dan rundingan yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar berkata rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak akan diteruskan bagi memuktamadkan formula yang lebih mampan untuk menentukan kadar Pemberian Khas tahunan pada masa depan.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan memperkukuh hubungan dengan kedua-dua negeri Borneo, khususnya dalam isu berkaitan hak Persekutuan dan negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Mengenai isu berbangkit dalam hubungan antara negeri dan Persekutuan, Anwar berkata setiap permasalahan boleh diselesaikan melalui semangat kesatuan dan rundingan.<\/p>\n<p>\u201cTiada masalah yang tidak boleh direlai dan diselesaikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa PETRONAS dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) bekerjasama dalam membangunkan sektor minyak dan gas negara, dengan kedua-dua pihak menghormati bidang kuasa serta undang-undang masing-masing.<\/p>\n<p>Menurutnya, kesepakatan antara PETRONAS dan PETROS penting bagi memastikan pembangunan industri minyak dan gas dapat diteruskan tanpa menjejaskan kepentingan negeri dan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKita mengambil keputusan supaya perjanjian komersial antara PETRONAS dan PETROS disegerakan dan dimuktamadkan. Tidak ada sebab mengapa hal ini tidak diselesaikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pengumuman itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Peningkatan geran khas tersebut menambah satu lagi perkembangan penting dalam rundingan antara Putrajaya dengan Sarawak berkaitan kedudukan negeri itu dalam Persekutuan, ketika kerajaan terus menekankan penyelesaian isu MA63 melalui rundingan dan kerjasama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan geran khas interim untuk Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun, berbanding RM600 juta sebelum ini, berkuat kuasa tahun ini. Pengumuman itu dibuat pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, ketika isu hak dan kepentingan Sabah serta Sarawak terus menjadi antara agenda utama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1227,13,5000,1399,18,3731,158],"authors":[],"class_list":["post-15585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abang-johari-openg","tag-anwar","tag-geran-khas-interim","tag-hari-malaysia","tag-pmx","tag-premier-sarawak","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15585"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15597,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15585\/revisions\/15597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}