{"id":15600,"date":"2026-09-17T04:36:59","date_gmt":"2026-09-17T04:36:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15600"},"modified":"2026-09-17T04:36:59","modified_gmt":"2026-09-17T04:36:59","slug":"dku-tuanku-muhriz-kekal-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dku-tuanku-muhriz-kekal-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan tiada kekosongan pada jawatan itu.<\/p>\n<p>Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin berkata, kedudukan baginda kekal selagi jawatan berkenaan dipegang secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.<\/p>\n<p>Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Besar, Ismail Lasim pada 15 September lalu yang menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>\u201cJusteru kesahan serta kesan proklamasi tersebut hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, termasuk melalui penentuan kehakiman,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.<\/p>\n<p>Menurut Raja Norazli, Perkara 16 UUTKNS 1959 menetapkan persoalan adat Melayu termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar serta Undang berada dalam bidang kuasa DKU.<\/p>\n<p>Katanya, nasihat Dewan berkaitan perkara itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dan kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahan proklamasi tersebut atau kedudukan Yang di-Pertuan Besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, atas asas itu, keputusan MMK pada 16 September lalu tidak memberi kesan dari sudut undang-undang sekiranya dokumen tersebut bertujuan mengesahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz, mengiktiraf Yang di-Pertuan Besar baharu serta mengarahkan pelaksanaannya.<\/p>\n<p>\u201cIa menyentuh perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasa MMK dan bertentangan dengan ketetapan Dewan yang mengikat.<\/p>\n<p>\u201cDengan itu, ia adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Raja Norazli turut mengulangi pendirian DKU terhadap proklamasi bertarikh 19 April lalu yang didakwa cacat sejak awal, termasuk dakwaan tiada siasatan dilaksanakan mengikut Perkara 10(1) UUTKNS 1959.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tiga daripada empat individu yang menandatangani proklamasi itu juga tidak lagi memegang jawatan Undang pada tarikh berkenaan.<\/p>\n<p>Kemelut tersebut kini turut menjadi perkara dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, selain terdapat perintah mahkamah yang masih berkuat kuasa.<\/p>\n<p>DKU menyeru semua pihak menghormati proses mahkamah serta tidak mengambil tindakan yang boleh memintas atau mengganggu proses perundangan.<\/p>\n<p>\u201cInstitusi adat Negeri Sembilan, termasuk institusi Yang di-Pertuan Besar dan institusi Undang, bukan milik mana-mana parti atau individu, tetapi merupakan amanah bagi semua anak buah dan waris,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan tiada kekosongan pada jawatan itu. Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin berkata, kedudukan baginda kekal selagi jawatan berkenaan dipegang secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9462,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5001,4635,2580,1154,3684,4088],"authors":[],"class_list":["post-15600","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dewan-keadilan-dan-undangan","tag-dku","tag-exco","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15600","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15600"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15600\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15601,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15600\/revisions\/15601"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15600"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}