{"id":15607,"date":"2026-09-17T04:43:10","date_gmt":"2026-09-17T04:43:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15607"},"modified":"2026-09-17T04:43:10","modified_gmt":"2026-09-17T04:43:10","slug":"amk-mb-exco-digesa-letak-jawatan-kerana-derhaka-terhadap-yang-di-pertuan-besar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-mb-exco-digesa-letak-jawatan-kerana-derhaka-terhadap-yang-di-pertuan-besar\/","title":{"rendered":"AMK: MB, Exco digesa letak jawatan kerana derhaka terhadap Yang di-Pertuan Besar"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar, Ismail Lasim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) meletakkan jawatan susulan pendirian kerajaan negeri dalam kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perubahan pendirian Menteri Besar berhubung dokumen yang didakwa sebagai proklamasi penurunan takhta menimbulkan persoalan serius yang perlu dijelaskan kepada rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;AMK mengecam sekeras-kerasnya keputusan Menteri Besar bersama seluruh barisan Exco yang mengiktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan kepada rakyat Negeri Sembilan,&#8221; katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Ismail sebelum ini mempertikaikan kesahan proklamasi berkenaan selain mendakwa beliau dipaksa menandatanganinya.<\/p>\n<p>Malah, laporan polis turut dibuat berhubung dakwaan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Namun hari ini, Menteri Besar dan pentadbiran yang sama tiba-tiba mengambil pendirian proklamasi tersebut adalah sah.<\/p>\n<p>&#8220;Pihak berkuasa perlu melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap segala dakwaan mengenai tekanan, dokumen dan proses yang membawa kepada kemelut ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mohamad Hamizan berkata rakyat Negeri Sembilan berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, termasuk pihak yang didakwa memberi tekanan kepada Menteri Besar.<\/p>\n<p>Katanya, isu itu tidak boleh dilihat sebagai pertelingkahan politik biasa kerana ia menyentuh institusi Raja dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>&#8220;Jika proklamasi itu sebelum ini dikatakan tidak sah, atas asas apa ia kini diterima sebagai sah? Adakah Menteri Besar kini menarik balik dakwaannya beliau telah ditekan?<\/p>\n<p>&#8220;Undang-undang bukan bahan mainan yang boleh ditafsir hari ini dan ditukar pendirian esok mengikut keselesaan politik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan institusi Raja perlu dihormati dan tidak seharusnya dijadikan bahan percaturan politik.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, AMK Negeri Sembilan menggesa UMNO Negeri Sembilan menyatakan pendirian secara terbuka berhubung kemelut tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;UMNO mesti menjawab kepada rakyat dalam perkara yang menyentuh takhta dan Perlembagaan negeri. Tiada ruang untuk kecelaruan dan sikap lepas tangan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar, Ismail Lasim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) meletakkan jawatan susulan pendirian kerajaan negeri dalam kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz. Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perubahan pendirian Menteri Besar berhubung dokumen yang didakwa sebagai proklamasi penurunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15576,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,2580,4644,408,4998,1154,9,5002],"authors":[],"class_list":["post-15607","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-mohamad-hamizan-mohd-bahtiar","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-takhtar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15607","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15607"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15607\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15608,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15607\/revisions\/15608"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15576"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15607"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15607"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15607"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15607"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}