{"id":15613,"date":"2026-09-17T04:52:53","date_gmt":"2026-09-17T04:52:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15613"},"modified":"2026-09-17T04:52:53","modified_gmt":"2026-09-17T04:52:53","slug":"kes-solar-rosmah-mahkamah-rayuan-tangguh-keterangan-tambahan-saksi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-solar-rosmah-mahkamah-rayuan-tangguh-keterangan-tambahan-saksi\/","title":{"rendered":"Kes solar Rosmah: Mahkamah Rayuan tangguh keterangan tambahan saksi"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rakaman keterangan tambahan saksi dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.<\/p>\n<p>Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Azhahari Kamal Ramli membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan prosiding itu sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah memaklumkan penangguhan itu tidak dibantah Rosmah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan pagi tadi.<\/p>\n<p>Peguam Rosmah, Amer Hamzah Arshad, turut mengesahkan persetujuan berkenaan dan memaklumkan pihak pendakwaan memberi jaminan untuk mempercepatkan proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya fikir demi kepentingan semua pihak, kami bersetuju supaya rayuan di Mahkamah Persekutuan dipercepatkan, diselesaikan dan diputuskan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian mengarahkan kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini menetapkan hari ini untuk merekodkan keterangan tambahan daripada saksi pendakwaan, Rayyan Radzwill Abdullah.<\/p>\n<p>Hakim Choo Kah Sing dan K Muniandy turut bersidang dalam panel berkenaan. Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Oktober ini untuk pengurusan kes.<\/p>\n<p>Pada 1 September lalu, Mahkamah Rayuan mengarahkan Mahkamah Tinggi merekodkan keterangan tambahan Rayyan dalam tempoh dua minggu selepas prosiding pengurusan kes pada 10 September.<\/p>\n<p>Rosmah sebelum ini mendapat kebenaran untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya, termasuk laporan polis, akuan berkanun yang dibuat Rayyan serta beberapa dokumen sokongan.<\/p>\n<p>Pihak pembelaan mendakwa bahan berkenaan menunjukkan Rayyan pernah dikenakan tekanan oleh pihak pendakwaan ketika perbicaraan dan keterangannya terhadap Rosmah terjejas.<\/p>\n<p>Rosmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, disabitkan Mahkamah Tinggi pada 2 September 2022 atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau didapati bersalah meminta RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor.<\/p>\n<p>Rosmah turut disabitkan menerima RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016 dan RM1.5 juta lagi di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.<\/p>\n<p>Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta terhadap Rosmah. Hukuman penjara tambahan 10 tahun ditetapkan sekiranya beliau gagal membayar denda itu.<\/p>\n<p>Prosiding seterusnya kini bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan pendakwaan terhadap kebenaran untuk mengemukakan keterangan tambahan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rakaman keterangan tambahan saksi dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion. Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Azhahari Kamal Ramli membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan prosiding itu sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan. Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah memaklumkan penangguhan itu tidak dibantah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1292,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[314,1569,58,811,24,699,2675,1183,788,21],"authors":[],"class_list":["post-15613","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kes","tag-keterangan","tag-mahkamah","tag-najib-razak","tag-rasuah","tag-rayuan","tag-rosmah-mansor","tag-saksi","tag-solar","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15613"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15614,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15613\/revisions\/15614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15613"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}