{"id":15618,"date":"2026-09-17T06:42:28","date_gmt":"2026-09-17T06:42:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15618"},"modified":"2026-09-17T06:42:28","modified_gmt":"2026-09-17T06:42:28","slug":"surat-kelulusan-pelebaran-plus-palsu-pmo-lapor-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/surat-kelulusan-pelebaran-plus-palsu-pmo-lapor-polis\/","title":{"rendered":"Surat kelulusan pelebaran PLUS palsu, PMO lapor polis"},"content":{"rendered":"<p>Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) adalah dokumen palsu.<\/p>\n<p>PMO dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut PMO, pihaknya turut menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan yang didakwa dalam surat tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Susulan pemalsuan tersebut, PMO memaklumkan laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan pemalsuan dokumen selain penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.<\/p>\n<p>PMO turut memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam penghasilan atau penyebaran dokumen berkenaan.<\/p>\n<p>\u201c Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dokumen berkenaan dipercayai mencetuskan persoalan kerana kandungannya mendakwa terdapat kelulusan kerajaan terhadap cadangan projek pelebaran PLUS menerusi mekanisme PFI.<\/p>\n<p>PFI merupakan kaedah pembiayaan projek pembangunan yang melibatkan kerjasama kerajaan dengan pihak swasta, termasuk bagi projek infrastruktur berskala besar.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, PMO menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sebarang surat atau dokumen rasmi yang menggunakan nama Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri sebelum mempercayai atau menyebarkannya.<\/p>\n<p>Orang ramai juga diminta tidak menjadi saluran penyebaran dokumen yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta implikasi undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) adalah dokumen palsu. PMO dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan. Menurut PMO, pihaknya turut menafikan sebarang kaitan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5696,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2017,412,36,3279,616,94],"authors":[],"class_list":["post-15618","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kelulusan","tag-lebuh-raya","tag-palsu","tag-plus","tag-pmo","tag-polis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15618","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15618"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15618\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15619,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15618\/revisions\/15619"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15618"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}