{"id":15622,"date":"2026-09-17T06:50:12","date_gmt":"2026-09-17T06:50:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15622"},"modified":"2026-09-17T06:50:14","modified_gmt":"2026-09-17T06:50:14","slug":"amk-harap-isu-kenaikan-elektrik-diselesaikan-segera-tnb-perlu-peka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-harap-isu-kenaikan-elektrik-diselesaikan-segera-tnb-perlu-peka\/","title":{"rendered":"AMK harap isu kenaikan elektrik diselesaikan segera, TNB perlu peka"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan mempercepatkan langkah penyelesaian berhubung peningkatan bil elektrik yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna ketika ini.<\/p>\n<p>Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tindakan segera diperlukan bagi memastikan pengguna yang terkesan mendapat kelegaan, susulan perubahan kadar bayaran elektrik yang dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB).<\/p>\n<p>Menurutnya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai perkara itu dan dijangka mengadakan perbincangan khusus membabitkan TNB serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap akan ada tindakan susulan yang dapat meringankan dan memberi kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan pendekatan caj elektrik ketika ini,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta, Tanjung Rambutan, hari ini.<\/p>\n<p>Sebanyak RM117,000 disalurkan kepada 10 NGO dalam program itu, antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.<\/p>\n<p>Muhammad Kamil berkata, walaupun mekanisme sedia ada dilihat mampu membantu mengawal kos elektrik, faktor seperti cuaca panas dan jerebu juga berkemungkinan mendorong peningkatan penggunaan elektrik oleh pengguna.<\/p>\n<p>\u201cInsya-ALLAH kita nantikan sebarang pengumuman atau langkah susulan kerajaan bagi meringankan beban rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan hari ini sentiasa mendengar keluhan serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, TNB menjelaskan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) tidak menyebabkan peningkatan mendadak bil elektrik pengguna.<\/p>\n<p>TNB turut menjelaskan perubahan jumlah bil bulanan lebih banyak dipengaruhi corak penggunaan elektrik, termasuk ketika musim perayaan, cuti sekolah serta amalan bekerja dari rumah.<\/p>\n<p>AFA yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025 bagi menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) juga bukan caj tambahan baharu dan tidak menyalurkan keuntungan kepada syarikat utiliti berkenaan.<\/p>\n<p>Isu bil elektrik menjadi perhatian selepas sebahagian pengguna melaporkan peningkatan jumlah bayaran, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai faktor yang mempengaruhi kadar bil bulanan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, India memberikan manfaat melalui beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dunia.<\/p>\n<p>Katanya, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Presiden Iran serta beberapa pemimpin negara lain sepanjang lawatan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cIni menunjukkan komitmen serta pengiktirafan negara-negara besar terhadap kedudukan Malaysia yang dilihat mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan mempercepatkan langkah penyelesaian berhubung peningkatan bil elektrik yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna ketika ini. Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tindakan segera diperlukan bagi memastikan pengguna yang terkesan mendapat kelegaan, susulan perubahan kadar bayaran elektrik yang dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menurutnya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2860,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[164,1180,1863,638,960,639],"authors":[],"class_list":["post-15622","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amk","tag-bil","tag-caj","tag-elektrik","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-tnb"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15622","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15622"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15622\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15623,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15622\/revisions\/15623"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15622"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15622"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15622"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15622"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}