{"id":15630,"date":"2026-09-17T15:02:46","date_gmt":"2026-09-17T15:02:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15630"},"modified":"2026-09-17T17:07:26","modified_gmt":"2026-09-17T17:07:26","slug":"agc-proklamasi-19-april-turunkan-tuanku-muhriz-tidak-sah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agc-proklamasi-19-april-turunkan-tuanku-muhriz-tidak-sah\/","title":{"rendered":"AGC: Proklamasi 19 April turunkan Tuanku Muhriz tidak sah"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan Proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).<\/p>\n<p>AGC menegaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Menurut AGC, kesahan serta kesan proklamasi berkenaan perlu ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah.<\/p>\n<p>\u201cJabatan ini berpandangan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar,\u201d menurut kenyataan AGC malam ini<\/p>\n<p>AGC berkata, pandangan awal jabatan mendapati Proklamasi 19 April 2026 tidak mematuhi kehendak Perkara 10 UUTKNS, khususnya kerana tiada keterangan menunjukkan mana-mana faktor hilang kelayakan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1) terpakai kepada Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>AGC turut menjelaskan walaupun Undang Yang Empat mempunyai kuasa mengambil tindakan untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar, Perkara 10 turut menetapkan tatacara serta asas pertimbangan yang perlu dipatuhi sebelum keputusan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cSetakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan tersebut telah dipatuhi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, AGC membangkitkan isu kedudukan beberapa Undang yang menandatangani proklamasi berkenaan, susulan dakwaan mereka tidak lagi memegang jawatan secara sah berdasarkan adat di luak masing-masing.<\/p>\n<p>Menurut AGC, perkara itu menimbulkan persoalan terhadap komposisi Undang Yang Empat ketika proklamasi tersebut dibuat.<\/p>\n<p>AGC turut merujuk Perkara 16 UUTKNS 1959 yang memperuntukkan persoalan berkaitan adat Melayu, termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Undang, berada dalam bidang kuasa Dewan Keadilan dan Undang (DKU).<\/p>\n<p>Pada masa sama, AGC berpandangan pengumuman Exco Negeri Sembilan berhubung perkara itu tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang kerana tidak mempunyai bidang kuasa atau autoriti di bawah UUTKNS untuk membuat pengumuman berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan perkara-perkara di atas, tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan Proklamasi tersebut adalah menjadi suatu tindakan yang tidak sah kerana tidak berperlembagaan,\u201d menurut AGC.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas Exco Negeri Sembilan pada 15 September lalu memutuskan Proklamasi 19 April 2026 adalah sah dan kemudiannya mengumumkan Tuanku Muhriz diturunkan takhta serta Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, DKU turut menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.<\/p>\n<p>AGC memaklumkan perkara berkaitan turut sedang dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban dan terdapat perintah mahkamah berbentuk interlocutory injunction yang masih berkuat kuasa.<\/p>\n<p>\u201cJabatan ini menyeru semua pihak supaya menghormati proses mahkamah dan membenarkan ia diselesaikan secara teratur,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan Proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS). AGC menegaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1370,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,2580,1154,342,3684,146,3683],"authors":[],"class_list":["post-15630","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-exco","tag-negeri-sembilan","tag-peguam-negara","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno","tag-yang-dipertuan-besar-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15630","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15630"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15630\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15631,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15630\/revisions\/15631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15630"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}