{"id":15659,"date":"2026-09-18T06:55:46","date_gmt":"2026-09-18T06:55:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15659"},"modified":"2026-09-18T06:55:46","modified_gmt":"2026-09-18T06:55:46","slug":"rafizi-mahu-syarat-tahanan-rumah-najib-didedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-mahu-syarat-tahanan-rumah-najib-didedah\/","title":{"rendered":"Rafizi mahu syarat tahanan rumah Najib didedah"},"content":{"rendered":"<p>Syarat lengkap tahanan rumah Najib Razak perlu didedahkan kepada umum supaya rakyat mengetahui bentuk sekatan yang dikenakan serta tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran, kata Presiden Bersama Rafizi Ramli.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, pendedahan itu penting susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib, termasuk berkaitan pelaksanaan hukuman di rumah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rakyat perlu diberi kefahaman jelas mengenai mekanisme tahanan rumah berkenaan dan tidak hanya dimaklumkan mengenai keputusan secara umum.<\/p>\n<p>\u201cSekurang-kurangnya syarat-syarat tahanan di rumah perlu diumumkan secara terperinci supaya sebarang pelanggaran yang nyata boleh diambil tindakan,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Rafizi turut meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta pimpinan Pakatan Harapan (PH), termasuk PKR, DAP dan Amanah, memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, penjelasan tidak seharusnya terhad kepada hujah keputusan Lembaga Pengampunan berada di luar kawalan kerajaan atau kepimpinan PH.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap rakyat diberi ruang untuk menzahirkan pandangan mereka selagi dalam batas undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, ketelusan mengenai syarat tahanan rumah juga membolehkan masyarakat memainkan peranan sebagai pemerhati terhadap pelaksanaan keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah rakyat biasa menjadi mata dan telinga masyarakat agar pelepasan tahanan di rumah ini dilaksanakan secara tegas mengikut syarat-syarat yang dikenakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Rafizi berkata isu tersebut tidak boleh dipisahkan daripada kesan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya masih meninggalkan kesan kepada sebahagian rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tanggungjawab menjaga amanah rakyat dan integriti pentadbiran perlu diteruskan, termasuk memberi kefahaman kepada generasi muda mengenai latar belakang serta kesan skandal berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKepada rakyat Malaysia yang mempunyai rasa mendalam mengenai penyelewengan 1MDB dan rentetan isu akibat skandal itu, saya berharap kita sama-sama sedar bahawa tanggungjawab menjaga amanah rakyat itu adalah satu kerja berterusan yang tidak akan berhenti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rafizi berkata beliau menerima keputusan yang dibuat, namun berharap pelaksanaan tahanan rumah dapat berlangsung secara teratur dan tidak mencetuskan polemik baharu.<\/p>\n<p>\u201cSementara saya berlapang dada dengan keputusan yang telah dibuat, sebaik-baiknya proses tahanan di rumah itu berjalan dengan senyap untuk tidak mengundang pelbagai reaksi yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Syarat lengkap tahanan rumah Najib Razak perlu didedahkan kepada umum supaya rakyat mengetahui bentuk sekatan yang dikenakan serta tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran, kata Presiden Bersama Rafizi Ramli. Menurut Rafizi, pendedahan itu penting susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib, termasuk berkaitan pelaksanaan hukuman di rumah. Beliau berkata, rakyat perlu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12850,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,121,407,197,8,3052],"authors":[],"class_list":["post-15659","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-najib","tag-pengampunan","tag-perdana-menteri","tag-rafizi","tag-syarat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15659","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15659"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15659\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15660,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15659\/revisions\/15660"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15659"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15659"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15659"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15659"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}