{"id":15688,"date":"2026-09-19T04:10:38","date_gmt":"2026-09-19T04:10:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15688"},"modified":"2026-09-19T04:10:38","modified_gmt":"2026-09-19T04:10:38","slug":"syarat-pengampunan-najib-perlu-dijelaskan-kepada-rakyat-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syarat-pengampunan-najib-perlu-dijelaskan-kepada-rakyat-bersatu\/","title":{"rendered":"Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci syarat pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, termasuk pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu kekal berpegang kepada prinsip negara hukum, keadilan serta kesaksamaan dalam pelaksanaan undang-undang tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang.<\/p>\n<p>Menurutnya, Bersatu konsisten menentang kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, selain berpendirian khazanah negara tidak boleh disalahgunakan.<\/p>\n<p>\u201cBersatu tuntas dalam perjuangan menentang kleptokrasi, amalan rasuah dan salah guna kuasa. Inilah prinsip perjuangan kami yang akan kekal menjadi asas perjuangan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata Bersatu menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan, menunda atau meringankan hukuman.<\/p>\n<p>Katanya, kuasa berkenaan terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses yang ditetapkan undang-undang.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata keputusan berkaitan Najib menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang, terutama jika baki hukuman dilaksanakan melalui tahanan di rumah.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria yang akan digunakan bagi pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bersatu turut menegaskan penjelasan itu penting bagi mengelakkan persepsi wujud perbezaan layanan berdasarkan kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang.<\/p>\n<p>Mohamed Azmin berkata semua syarat yang dikenakan terhadap Najib perlu dinyatakan dengan jelas dan diumumkan kepada rakyat bagi memastikan pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan berlangsung secara telus.<\/p>\n<p>\u201cPerincian ini penting untuk mengelak keresahan dan kemarahan rakyat yang boleh menggugat integriti badan kehakiman dan keyakinan rakyat kepada sistem perundangan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes SRC International.<\/p>\n<p>Keputusan pengampunan bersyarat kemudian menjadi perhatian susulan isu baki hukuman serta cadangan pelaksanaannya melalui tahanan di rumah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci syarat pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, termasuk pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah. Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu kekal berpegang kepada prinsip negara hukum, keadilan serta kesaksamaan dalam pelaksanaan undang-undang tanpa mengira kedudukan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,265,73,5019,1846,121,24,865],"authors":[],"class_list":["post-15688","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-agong","tag-bersatu","tag-kleptokrasi","tag-mohamed-azmin-ali","tag-najib","tag-rasuah","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15688","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15688"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15688\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15689,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15688\/revisions\/15689"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15688"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15688"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15688"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15688"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}