{"id":15694,"date":"2026-09-19T11:14:39","date_gmt":"2026-09-19T11:14:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15694"},"modified":"2026-09-19T11:14:39","modified_gmt":"2026-09-19T11:14:39","slug":"pengampunan-najib-loke-pilih-untuk-berundur-dari-kabinet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengampunan-najib-loke-pilih-untuk-berundur-dari-kabinet\/","title":{"rendered":"Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet"},"content":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung kira-kira tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini.<\/p>\n<p>Loke berkata, meskipun DAP mengambil pendirian tegas berhubung perkembangan itu, parti berkenaan tetap menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengampunan diberikan melalui Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cDalam mesyuarat tadi, kita capai satu keputusan dan saya tawarkan diri saya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.<\/p>\n<p>\u201cAhli-ahli Jemaah Menteri daripada DAP yang lain akan kekal berada dalam kerajaan,\u201d katanya dalam sidang media selepas mesyuarat CEC.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim terus terpelihara.<\/p>\n<p>Loke berkata, sekiranya semua menteri daripada DAP meninggalkan Kabinet, keadaan itu boleh memberi ruang kepada usaha pihak tertentu untuk menggugat kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun mereka juga bersedia pada bila-bila masa untuk meletakkan jawatan, CEC membuat keputusan mereka kekal bagi memastikan kerajaan stabil.<\/p>\n<p>\u201cPendirian DAP diterjemahkan dengan peletakan jawatan saya sebagai menteri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Loke berkata beliau akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Perdana Menteri dan mengambil sedikit masa bagi menyelesaikan beberapa urusan di Kementerian Pengangkutan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau berkata DAP mengambil perhatian terhadap keputusan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib, khususnya syarat membabitkan tahanan di rumah.<\/p>\n<p>\u201cBelum pernah mana-mana individu yang terbabit dengan jenayah rasuah diletakkan di bawah tahanan rumah. Namun begitu, kita hormati kuasa Agong,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Najib diberikan pengampunan bersyarat bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani melalui tahanan di rumah.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.<\/p>\n<p>Najib dilaporkan perlu menjalani tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 sekiranya membayar denda RM50 juta, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri turut memaklumkan pengampunan bersyarat itu boleh terbatal sekiranya syarat ditetapkan tidak dipatuhi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung kira-kira tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini. Loke berkata, meskipun DAP mengambil pendirian tegas berhubung perkembangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10503,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,114,1826,121,407,865,146],"authors":[],"class_list":["post-15694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-letak-jawatan","tag-menteri-pengangkutan","tag-najib","tag-pengampunan","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15694"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15695,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15694\/revisions\/15695"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15694"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}