{"id":15707,"date":"2026-09-20T12:33:14","date_gmt":"2026-09-20T12:33:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15707"},"modified":"2026-09-20T12:33:14","modified_gmt":"2026-09-20T12:33:14","slug":"isu-letak-jawatan-anwar-mahu-jumpa-loke-selepas-pulang-dari-shanghai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-letak-jawatan-anwar-mahu-jumpa-loke-selepas-pulang-dari-shanghai\/","title":{"rendered":"Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, selepas pemimpin parti itu selesai urusan di Shanghai bagi membincangkan keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.<\/p>\n<p>Anwar berkata mahu mendengar sendiri penjelasan dan pandangan Loke sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.<\/p>\n<p>\u201cLebih baiklah saya jumpa dia dahulu, dengar pandangan dia,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, beliau masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Loke.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, Loke sudah memaklumkan perkara itu kepadanya dan bercadang membawa surat tersebut ketika pertemuan mereka nanti.<\/p>\n<p>\u201cBelum serah surat. Semalam beliau ada maklumkan kepada saya, akan bawa surat dan nak bincang dengan saya.<\/p>\n<p>\u201cSaya kata, tak apalah, bila ada ruang kita jumpa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Loke sebelum ini mengumumkan keputusan untuk berundur daripada Jemaah Menteri selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam.<\/p>\n<p>Beliau menjadi satu-satunya pemimpin DAP dalam Kabinet yang mengambil keputusan itu susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau memahami pendirian Loke yang sejak awal konsisten menyuarakan pendirian tegas terhadap usaha membanteras rasuah dan memastikan kerajaan tidak dilihat berkompromi dalam isu integriti.<\/p>\n<p>\u201cSaya faham pendirian beliau kerana dari awal lagi beliau konsisten membantah sebarang peraturan yang boleh memberikan gambaran kerajaan lemah dalam menangani amalan rasuah.<\/p>\n<p>\u201cTerutama apabila kita ambil tindakan terhadap banyak pihak yang lain, termasuk perasuah-perasuah kecil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Jumaat, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>Najib turut dikenakan syarat membayar denda RM50 juta.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Februari 2024 mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.<\/p>\n<p>Keputusan terbaharu itu menjadi perkembangan penting dalam kes SRC International dan turut mencetuskan reaksi daripada parti-parti dalam Kerajaan MADANI, termasuk DAP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, selepas pemimpin parti itu selesai urusan di Shanghai bagi membincangkan keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Anwar berkata mahu mendengar sendiri penjelasan dan pandangan Loke sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu. \u201cLebih baiklah saya jumpa dia dahulu, dengar pandangan dia,\u201d katanya kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10503,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,13,63,114,1826,18],"authors":[],"class_list":["post-15707","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-anwar","tag-dap","tag-letak-jawatan","tag-menteri-pengangkutan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15708,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15707\/revisions\/15708"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15707"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15707"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15707"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}