{"id":15720,"date":"2026-09-20T12:59:44","date_gmt":"2026-09-20T12:59:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15720"},"modified":"2026-09-20T12:59:44","modified_gmt":"2026-09-20T12:59:44","slug":"pkr-kedah-tolak-gesaan-supaya-bubar-parlimen-awal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-kedah-tolak-gesaan-supaya-bubar-parlimen-awal\/","title":{"rendered":"PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal"},"content":{"rendered":"<p>PKR Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk Parlimen dibubarkan ketika Kerajaan MADANI masih berfungsi dan pentadbiran negara berada dalam keadaan stabil.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal tidak mempunyai asas yang kukuh, selain dilihat lebih menjurus kepada kepentingan politik.<\/p>\n<p>Menurutnya, UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri, justeru setiap parti dalam kerajaan perlu berkongsi tanggungjawab terhadap keputusan pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan MADANI hari ini masih berfungsi dengan baik dan stabil, malah UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan serta mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cJika UMNO turut bersama-sama mentadbir kerajaan, mereka juga perlu memahami prinsip tanggungjawab kolektif terhadap keputusan dan perjalanan pentadbiran,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Tunku Nashrul turut mempersoalkan gesaan UMNO Kedah itu susulan pendirian Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti itu akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.<\/p>\n<p>Katanya, Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas PRU-15 turut menjadi asas kepada kerjasama politik sepanjang tempoh Parlimen ke-15.<\/p>\n<p>\u201cUMNO Kedah perlu menjelaskan sama ada mereka masih menghormati pendirian Presiden dan komitmen parti sendiri, atau mahu kestabilan negara dikorbankan semata-mata kerana percaturan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penyertaan dalam kerajaan bukan sekadar berkaitan kedudukan atau kuasa, sebaliknya turut membawa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.<\/p>\n<p>Dalam keadaan rakyat berdepan isu ekonomi dan kos sara hidup, Tunku Nashrul berkata tumpuan kerajaan sepatutnya diberikan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan pentadbiran terus berjalan lancar.<\/p>\n<p>\u201cKetika ini rakyat mahu kerajaan menumpukan usaha kepada ekonomi, kos sara hidup dan kesejahteraan mereka. Ini bukan masanya untuk bermain politik atau mencetuskan ketidaktentuan yang tidak perlu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat menentukan sendiri kerajaan yang mereka mahukan.<\/p>\n<p>PKR Kedah bagaimanapun menegaskan tiada keperluan mendesak untuk pilihan raya umum diadakan sebelum tamat penggal semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk Parlimen dibubarkan ketika Kerajaan MADANI masih berfungsi dan pentadbiran negara berada dalam keadaan stabil. Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal tidak mempunyai asas yang kukuh, selain dilihat lebih menjurus kepada kepentingan politik. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":928,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,125,309,9,101,5025,2918,146],"authors":[],"class_list":["post-15720","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-kedah","tag-parlimen","tag-pkr","tag-pru-16","tag-syed-mohd-johan","tag-tunku-nashrul-abaidah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15720","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15720"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15720\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15721,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15720\/revisions\/15721"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/928"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15720"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15720"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15720"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15720"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}