{"id":15729,"date":"2026-09-21T02:01:49","date_gmt":"2026-09-21T02:01:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15729"},"modified":"2026-09-21T02:01:54","modified_gmt":"2026-09-21T02:01:54","slug":"tuanku-muhriz-batal-pelantikan-semua-exco-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuanku-muhriz-batal-pelantikan-semua-exco-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat selepas Baginda mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September lalu.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali, tindakan itu dibuat berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Peruntukan berkenaan menetapkan seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>\u201cDengan demikian, Duli Yang Maha Mulia telah menarik balik perkenan Baginda dan membatalkan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Kesemua Exco terbabit sebelum ini mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum dilantik menganggotai pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Mereka berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Institusi Diraja, selain bersumpah melindungi serta memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Azizi berkata, setiap individu berkenaan telah dimaklumkan mengenai pembatalan pelantikan melalui warkah.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan pertikaian serius membabitkan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 September lalu dikatakan menerima satu proklamasi berkaitan kedudukan Baginda.<\/p>\n<p>Menteri Besar, Ismail Lasim sebelum ini mengesahkan keputusan berhubung proklamasi itu dibuat secara sebulat suara oleh semua Exco dalam mesyuarat pada 15 September.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudiannya berpandangan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar secara sepihak. AGC turut menyatakan kesahan serta kesan proklamasi itu perlu ditentukan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan terbaharu itu, Menteri Besar kini perlu mempersembahkan senarai calon Exco baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>\u201cTuanku Muhriz menjangkakan Menteri Besar memastikan pentadbiran Negeri Sembilan diteruskan tanpa apa jua gangguan dan halangan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, dan supaya kepentingan rakyat sentiasa terpelihara,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Kesemua 10 Exco yang dilantik pada Ogos lalu terlibat dalam pembatalan pelantikan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat selepas Baginda mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September lalu. Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali, tindakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9462,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,408,1154,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-15729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15730,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15729\/revisions\/15730"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15729"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}