{"id":15739,"date":"2026-09-21T04:42:45","date_gmt":"2026-09-21T04:42:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15739"},"modified":"2026-09-21T04:42:45","modified_gmt":"2026-09-21T04:42:45","slug":"mb-exco-negeri-sembilan-masih-sah-tidak-perlu-senarai-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mb-exco-negeri-sembilan-masih-sah-tidak-perlu-senarai-baharu\/","title":{"rendered":"MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.<\/p>\n<p>Penegasan itu dibuat susulan perkembangan berkaitan kedudukan barisan Exco negeri serta tafsiran terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan media hari ini, Ismail berkata tafsiran terhadap peruntukan UUTKNS perlu dibuat secara menyeluruh, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan tempoh perjawatan anggota Exco.<\/p>\n<p>Menurutnya, sistem pentadbiran Negeri Sembilan berasaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, dengan kuasa pentadbiran negeri dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>Beliau merujuk Perkara 40(1) UUTKNS yang menetapkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran.<\/p>\n<p>Ismail turut berkata kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Besar dalam urusan pentadbiran hanya meliputi perkara yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 40(2).<\/p>\n<p>\u201cKuasa untuk memberhentikan atau menamatkan tempoh jawatan Exco secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi budi bicara ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Ismail lagi, Perkara 38(5) UUTKNS berkaitan tempoh perjawatan Exco tidak boleh dibaca secara berasingan dan perlu ditafsir bersama Perkara 38(4) serta Perkara 40(1).<\/p>\n<p>Beliau berkata sebarang perubahan atau penamatan kedudukan anggota Exco ketika pentadbiran sedang berjalan hanya boleh berkuat kuasa atas nasihat atau permintaan rasmi Menteri Besar.<\/p>\n<p>\u201cYAB Menteri Besar tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana Exco Kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) UUTKNS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ismail menegaskan tiada keperluan mengemukakan senarai Exco baharu kerana barisan sedia ada masih sah menurut tafsiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cExco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu susulan keputusan Istana Negeri Sembilan berkaitan kedudukan anggota Exco negeri, yang mencetuskan perbahasan mengenai tafsiran peruntukan UUTKNS 1959 serta bidang kuasa Yang di-Pertuan Besar dan Menteri Besar dalam urusan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Ismail berkata Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan bagi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat dipelihara mengikut lunas undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa. Penegasan itu dibuat susulan perkembangan berkaitan kedudukan barisan Exco negeri serta tafsiran terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. Dalam kenyataan media hari ini, Ismail berkata tafsiran terhadap peruntukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,408,1154,262,3684],"authors":[],"class_list":["post-15739","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-titah","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15739","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15739"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15739\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15740,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15739\/revisions\/15740"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15739"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15739"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15739"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15739"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}