{"id":15745,"date":"2026-09-21T07:09:57","date_gmt":"2026-09-21T07:09:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15745"},"modified":"2026-09-21T07:09:57","modified_gmt":"2026-09-21T07:09:57","slug":"gaji-rakyat-malaysia-naik-kepada-rm3803-pada-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/gaji-rakyat-malaysia-naik-kepada-rm3803-pada-2025\/","title":{"rendered":"Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025"},"content":{"rendered":"<p>Purata gaji dan upah bulanan warga Malaysia meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 berbanding RM3,652 pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini turut merekodkan peningkatan penengah gaji dan upah bulanan sebanyak 5.3 peratus kepada RM2,940 berbanding RM2,793 pada 2024.<\/p>\n<p>Menurut DOSM, jumlah penerima gaji dan upah bulanan turut meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, seramai 10.38 juta orang atau 86.4 peratus terdiri daripada warga Malaysia dalam kalangan keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa.<\/p>\n<p>\u201cSektor perkhidmatan mewakili 71.5 peratus dan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan bilangan penerima upah, meningkat 1.8 peratus kepada 7.42 juta orang,\u201d menurut DOSM.<\/p>\n<p>Dari segi sektor ekonomi, perlombongan dan pengkuarian mencatatkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi pada RM6,175, diikuti sektor perkhidmatan RM3,993, pembuatan RM3,357, pembinaan RM3,188 dan pertanian RM2,575.<\/p>\n<p>Mengikut tahap kemahiran, pekerja mahir yang membentuk 36.6 peratus daripada keseluruhan penerima gaji mencatatkan purata gaji bulanan tertinggi sebanyak RM5,799, meningkat daripada RM5,582 pada 2024.<\/p>\n<p>Kategori separuh mahir pula merangkumi 55.6 peratus penerima gaji dengan purata gaji meningkat 4.2 peratus kepada RM2,714 daripada RM2,604.<\/p>\n<p>Bagi pekerja berkemahiran rendah, purata gaji meningkat 2.6 peratus kepada RM2,184 berbanding RM2,128 pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Selangor mencatatkan jumlah penerima gaji tertinggi dengan 25.6 peratus daripada keseluruhan pekerja bergaji warganegara, diikuti Johor sebanyak 13.6 peratus dan Sarawak 7.6 peratus.<\/p>\n<p>Dari segi purata gaji mengikut negeri, lima kawasan merekodkan nilai melebihi paras nasional. Putrajaya mencatatkan RM5,417, diikuti Kuala Lumpur RM4,955, Selangor RM4,258, Pulau Pinang RM3,912 dan Labuan RM3,887.<\/p>\n<p>DOSM berkata pertumbuhan positif purata serta penengah gaji pada 2025 menunjukkan perkembangan lebih baik dalam pasaran buruh dan pendapatan pekerja.<\/p>\n<p>\u201cUsaha berterusan untuk meningkatkan produktiviti, memperkukuh kemahiran dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi adalah penting bagi menyokong pertumbuhan gaji benar yang mampan serta kesejahteraan pekerja,\u201d menurut DOSM.<\/p>\n<p>Perkembangan itu turut dilihat selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), khususnya dalam memperkukuh tenaga buruh yang berdaya saing dan produktif serta melaksanakan reformasi pasaran buruh.<\/p>\n<p>Laporan itu memberi gambaran mengenai perkembangan pendapatan pekerja di Malaysia ketika pasaran buruh terus berubah mengikut keperluan sektor ekonomi, tahap kemahiran dan permintaan terhadap pekerjaan bernilai tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Purata gaji dan upah bulanan warga Malaysia meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 berbanding RM3,652 pada tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini turut merekodkan peningkatan penengah gaji dan upah bulanan sebanyak 5.3 peratus kepada RM2,940 berbanding RM2,793 pada 2024. Menurut DOSM, jumlah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7477,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[82,106,1492,446,5027],"authors":[],"class_list":["post-15745","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dosm","tag-gaji","tag-jabatan-perangkaan-malaysia","tag-pekerja","tag-upah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15745","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15745"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15745\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15746,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15745\/revisions\/15746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7477"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15745"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}