{"id":15753,"date":"2026-09-21T07:24:16","date_gmt":"2026-09-21T07:24:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15753"},"modified":"2026-09-21T07:24:16","modified_gmt":"2026-09-21T07:24:16","slug":"amanah-mahu-mb-negeri-sembilan-bubar-dun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-mahu-mb-negeri-sembilan-bubar-dun\/","title":{"rendered":"Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan kemelut politik yang didakwa semakin meruncing antara kerajaan negeri dan institusi diraja.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, parti itu mengambil maklum perkembangan politik di Negeri Sembilan yang kini memasuki tahap serius selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, menarik balik perkenan serta membatalkan pelantikan semua Exco kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Menurutnya, Amanah tidak mahu mencampuri urusan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar kerana perkara itu perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang, Perlembagaan serta Adat Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cNamun, susulan pergolakan politik semasa di Negeri Sembilan, Amanah berpandangan PRN Negeri Sembilan ke-16 yang diadakan secara mengejut berpunca daripada desakan pihak tertentu yang mahu menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan daripada takhta,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Faiz mendakwa keadaan itu diperkukuhkan dengan proklamasi yang ditandatangani Ismail pada 3 Ogos 2026, selepas PRN Negeri Sembilan ke-16.<\/p>\n<p>Katanya, situasi politik bertambah tegang apabila Menteri Besar didakwa menolak titah tersebut secara terbuka.<\/p>\n<p>Amanah turut mendakwa UMNO gagal menghormati kedudukan institusi diraja Melayu menerusi langkah yang didakwa bertujuan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan daripada takhta.<\/p>\n<p>\u201cAmanah berpendirian tindakan-tindakan yang diambil UMNO itu jelas bertentangan dengan kehendak rakyat Negeri Sembilan kerana PRN Negeri Sembilan ke-16 tidak bertujuan mengganggu gugat kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Amanah mendesak Ismail memohon pembubaran DUN bagi memberi ruang kepada rakyat menentukan semula mandat politik negeri.<\/p>\n<p>Faiz berkata, pertembungan antara pihak Eksekutif dan Istana perlu ditangani mengikut prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi memastikan kestabilan pentadbiran tidak terus terjejas.<\/p>\n<p>\u201cAmanah percaya pergolakan politik yang gagal diuruskan dengan baik oleh UMNO boleh menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan kemelut politik yang didakwa semakin meruncing antara kerajaan negeri dan institusi diraja. Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, parti itu mengambil maklum perkembangan politik di Negeri Sembilan yang kini memasuki tahap serius selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9568,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,549,409,2580,4644,1154,3684],"authors":[],"class_list":["post-15753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-bubar","tag-dun","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15754,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15753\/revisions\/15754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15753"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}