{"id":15766,"date":"2026-09-21T15:08:06","date_gmt":"2026-09-21T15:08:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15766"},"modified":"2026-09-21T15:16:22","modified_gmt":"2026-09-21T15:16:22","slug":"ab-rauf-titip-tiga-pesan-sebelum-dun-melaka-dibubar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ab-rauf-titip-tiga-pesan-sebelum-dun-melaka-dibubar\/","title":{"rendered":"Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar"},"content":{"rendered":"<p>Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijangka diumumkan esok, Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh menitipkan tiga amanat kepada penjawat awam negeri supaya kesinambungan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat terus diperkukuh.<\/p>\n<p>Tiga perkara itu ialah menjunjung integriti, menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak serta menjadikan agenda Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) sebagai roh dalam penyampaian perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, tugas sebagai penjawat awam bukan satu keistimewaan, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cJangan kerana satu keputusan yang salah, nama sendiri tercalar dan kepercayaan rakyat kepada seluruh perkhidmatan awam turut terjejas.<\/p>\n<p>\u201cKalau amanah rakyat kita pegang, kepercayaan rakyat jangan sesekali kita gadaikan,\u201d katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Petugas Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, penjawat awam juga perlu bersedia menghadapi perubahan teknologi dengan memanfaatkan AI bagi meningkatkan kecekapan dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cGunakan AI untuk membantu kita berfikir, bukan menggantikan kita berfikir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, keberkesanan sesebuah kerajaan tidak hanya boleh diukur melalui slogan atau dasar, sebaliknya berdasarkan pengalaman rakyat ketika berurusan dengan kerajaan serta sejauh mana masalah mereka dapat diselesaikan.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan pentadbiran negeri terus bergerak secara berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Dalam majlis sama, Ab Rauf menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam yang menjadi antara penggerak utama pelaksanaan agenda dan program kerajaan negeri, selain menghargai peranan pengamal media dalam membuat liputan perkembangan pentadbiran Melaka.<\/p>\n<p>Secara berseloroh, beliau berkata soalan mengenai tarikh pembubaran DUN turut menjadi perkara yang kerap ditanya media sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>\u201cRakan-rakan media saya ini saya tahu paling susah hendak mengaku penat. Bukan sahaja kena berkejar datang ke program saya dari pagi sampai malam, tetapi sekarang ke mana saya pergi, bila ada sidang media, ada satu saja soalan yang sama ditanya, bila nak bubar DUN?<\/p>\n<p>\u201cSaya pergi program, tanya lagi. Saya turun ziarah kampung, tanya lagi. Nampak saya berjalan laju sedikit pun mungkin ingat nak pergi umum pembubaran.<\/p>\n<p>\u201cYang itu sabar dulu sampai masanya nanti, tahulah saya apa nak buat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pembubaran DUN Melaka akan membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memilih wakil rakyat baharu untuk mentadbir negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijangka diumumkan esok, Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh menitipkan tiga amanat kepada penjawat awam negeri supaya kesinambungan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat terus diperkukuh. Tiga perkara itu ialah menjunjung integriti, menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak serta menjadikan agenda Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) sebagai roh dalam penyampaian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,549,409,1572,192,103],"authors":[],"class_list":["post-15766","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bubar","tag-dun","tag-ketua-menteri","tag-melaka","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15766","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15766"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15766\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15767,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15766\/revisions\/15767"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15766"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15766"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15766"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15766"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}