{"id":15768,"date":"2026-09-21T15:16:09","date_gmt":"2026-09-21T15:16:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15768"},"modified":"2026-09-21T15:16:09","modified_gmt":"2026-09-21T15:16:09","slug":"krisis-takhta-ns-syahredzan-nasihat-jangan-cabar-institusi-raja-sesuka-hati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/krisis-takhta-ns-syahredzan-nasihat-jangan-cabar-institusi-raja-sesuka-hati\/","title":{"rendered":"Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan mencabar kedudukan Raja Melayu bukan perkara kecil kerana ia menyentuh asas sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada struktur pemerintahan Malaysia.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, percubaan untuk menurunkan salah seorang daripada sembilan Raja Melayu daripada takhta akhirnya tidak berjaya, malah perkembangan terbaharu di Negeri Sembilan menunjukkan kesan daripada tindakan yang disifatkannya sebagai tergesa-gesa.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Bangi itu lagi, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai perkara berkaitan Negeri Sembilan semata-mata kerana ia turut mempunyai implikasi terhadap prinsip Raja Berperlembagaan di peringkat negara.<\/p>\n<p>\u201cMenurunkan Raja Melayu dari singgahsana bukan perkara kecil. Bukan perkara picisan. Implikasinya besar. Kalaupun boleh dibuat, mesti ikut jalur hukumnya. Raja Melayu ada wewenang.<\/p>\n<p>\u201cYang memegang jawatan eksekutif tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebab itu tindakan MMK Negeri Sembilan tempoh hari amat gopoh dan tidak cermat,\u201d katanya menerusi hantaran di Threads.<\/p>\n<p>Syahredzan turut mendakwa pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara sebelum ini diketepikan dalam isu berkenaan, termasuk tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mewartakan proklamasi berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cMalahan mereka menolak pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara, hingga SUK sendiri tidak mahu mewartakan proklamasi tersebut. Nah, sekarang terima padahnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Istana Negeri Sembilan, pembatalan itu dibuat selepas kesemua Exco terbabit didapati memungkiri sumpah jawatan mereka. Pelantikan mereka turut tertakluk kepada Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim berkata semua Exco sedia ada masih sah dan akan meneruskan tugas seperti biasa, selain menyatakan tiada keperluan mengemukakan senarai baharu.<\/p>\n<p>Syahredzan berkata perkembangan itu perlu dilihat dalam konteks lebih luas, terutama berkaitan kedudukan institusi Raja dan prinsip Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cIni tentang mempertahankan asas-asas negara, termasuk sistem Raja Berperlembagaan. Rakyat Malaysia ada hak bersuara dalam hal ini, ada pihak yang kucar-kacirkan salah satu negeri dalam Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan di Negeri Sembilan kini turut mencetuskan perbezaan pendirian antara Istana dan kerajaan negeri mengenai kedudukan barisan Exco, menjadikan isu itu antara perkembangan politik dan perlembagaan yang mendapat perhatian di peringkat nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan mencabar kedudukan Raja Melayu bukan perkara kecil kerana ia menyentuh asas sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada struktur pemerintahan Malaysia. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, percubaan untuk menurunkan salah seorang daripada sembilan Raja Melayu daripada takhta akhirnya tidak berjaya, malah perkembangan terbaharu di Negeri Sembilan menunjukkan kesan daripada tindakan yang disifatkannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,585,408,5034,1154,373,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-15768","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-krisis","tag-menteri-besar","tag-naib-pengerusi-kebangsaan-dap","tag-negeri-sembilan","tag-syahredzan-johan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15769,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15768\/revisions\/15769"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15768"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}