{"id":15783,"date":"2026-09-22T07:01:54","date_gmt":"2026-09-22T07:01:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15783"},"modified":"2026-09-22T07:13:53","modified_gmt":"2026-09-22T07:13:53","slug":"akaun-tiktok-naim-disekat-tiktok-bukan-mcmc-hakim-norliza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akaun-tiktok-naim-disekat-tiktok-bukan-mcmc-hakim-norliza\/","title":{"rendered":"Akaun TikTok Na\u2019im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ketua Armada Bersatu Selangor, Na\u2019im Brundage, untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan menyekat dua akaun TikTok miliknya tiga tahun lalu.<\/p>\n<p>Hakim Norliza Othman membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta dua pihak lain.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, Norliza mendapati tindakan menyekat akaun berkenaan dibuat oleh TikTok dan bukannya MCMC.<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu TikTok yang telah menapis dan menyekat akaun Na\u2019im dan bukan MCMC,\u201d katanya ketika membacakan keputusan.<\/p>\n<p>Menurut Norliza, surat Na\u2019im kepada MCMC bertarikh 23 Mac 2024 menunjukkan beliau menyedari akaunnya telah disekat dan cuba mendapatkan penjelasan daripada TikTok, namun tidak menerima jawapan.<\/p>\n<p>Na\u2019im kemudian mengesyaki tindakan itu mempunyai kaitan dengan MCMC.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah mendapati MCMC hanya mengambil tindakan pentadbiran dengan memaklumkan TikTok mengenai pelanggaran garis panduan komuniti sebelum platform berkenaan mengambil tindakan terhadap akaun tersebut.<\/p>\n<p>Norliza berkata, tindakan pentadbiran MCMC itu tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang boleh menjadi asas kepada semakan kehakiman.<\/p>\n<p>\u201cPermohonan semakan yang difailkan pemohon atas andaian MCMC telah mengarahkan TikTok untuk mengharamkan atau menapis akaun pemohon tidak boleh berjaya dalam semakan kehakiman,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan, meskipun ambang kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman adalah rendah, pemohon tetap perlu menunjukkan wujudnya kes yang boleh dipertikaikan pada peringkat substantif.<\/p>\n<p>Kes itu bermula selepas Na\u2019im mendapati dua akaun TikTok miliknya disekat pada 2023. Beliau kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 24 Jun 2024 terhadap lima pihak, termasuk Ahmad Fahmi, MCMC dan Kerajaan Malaysia.<\/p>\n<p>Na\u2019im memohon perintah \u2018certiorari\u2019 bagi membatalkan keputusan menyekat kedua-dua akaun berkenaan. Dalam afidavit sokongannya, beliau menyatakan akaun tersebut digunakan sebagai medium untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai isu semasa.<\/p>\n<p>Bantahan awal kemudian difailkan terhadap permohonan Na\u2019im bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman.<\/p>\n<p>Na\u2019im diwakili peguam Latheefa Koya, manakala MCMC diwakili A Ruebankumar dan menteri serta Kerajaan Malaysia oleh Peguam Kanan Persekutuan, Ainna Sherina Saipolamin.<\/p>\n<p>Ketika ditemui media, Latheefa berkata anak guamnya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>Ruebankumar pula mengesahkan susulan keputusan itu, permohonan Na\u2019im untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman telah ditolak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ketua Armada Bersatu Selangor, Na\u2019im Brundage, untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan menyekat dua akaun TikTok miliknya tiga tahun lalu. Hakim Norliza Othman membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta dua pihak lain. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11999,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5036,49,58,16,761,620,343],"authors":[],"class_list":["post-15783","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu-selangor","tag-fahmi-fadzil","tag-mahkamah","tag-mcmc","tag-naim-brundage","tag-sekat","tag-tiktok"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15783","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15783"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15783\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15784,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15783\/revisions\/15784"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15783"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15783"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15783"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15783"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}