{"id":15785,"date":"2026-09-22T07:06:29","date_gmt":"2026-09-22T07:06:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15785"},"modified":"2026-09-22T07:06:29","modified_gmt":"2026-09-22T07:06:29","slug":"pembatalan-lantikan-exco-negeri-sembilan-sah-ada-asas-perlembagaan-peguam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembatalan-lantikan-exco-negeri-sembilan-sah-ada-asas-perlembagaan-peguam\/","title":{"rendered":"Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam"},"content":{"rendered":"<p>Pembatalan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 20 September lalu disifatkan sah dan mempunyai asas perlembagaan.<\/p>\n<p>Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), yang memperuntukkan tempoh seseorang Exco memegang jawatan adalah selama diperkenankan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim serta peguam yang mempertikaikan keputusan itu tidak mempunyai kesan undang-undang untuk membatalkan titah Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>\u201cPerkara 38(5) jelas menggunakan perkataan \u2018at the Ruler\u2019s pleasure\u2019. Perkataan yang berbeza membawa makna yang berbeza.<\/p>\n<p>\u201cPeruntukan ini juga berbeza dengan beberapa peruntukan lain dalam UUTKNS yang secara khusus mensyaratkan nasihat Menteri Besar,\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Menteri Besar mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos lalu, manakala 10 Exco mengangkat sumpah pada 7 Ogos.<\/p>\n<p>Muhammad Hariz turut merujuk kepada pendirian Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai dan 13 September serta kenyataan Kamar Jabatan Peguam Negara pada 17 September berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Perkara 38(5) menyediakan beberapa keadaan berkaitan tempoh dan pembatalan pelantikan Exco, termasuk penarikan perkenan Yang di-Pertuan Besar, pembatalan atas nasihat Menteri Besar serta peletakan jawatan oleh Exco.<\/p>\n<p>\u201cPerkara 38(4) pula berkaitan keadaan Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ADUN. Keadaan itu tidak berlaku dan hujah mengatakan Perkara 38(4) menghalang tindakan Baginda adalah tidak relevan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan keputusan Tuanku Muhriz pada 20 September lalu kekal berkuat kuasa, termasuk terhadap individu yang pelantikannya telah dibatalkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, mana-mana keputusan yang dibuat atas nama jawatan Exco selepas tarikh berkenaan boleh berdepan cabaran undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cTitah Baginda kekal berkuat kuasa dan menzahirkan individu-individu yang pelantikannya telah dibatalkan tidak lagi memegang jawatan Exco,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut itu tercetus selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua Exco berkuat kuasa serta-merta atas alasan mereka memungkiri sumpah jawatan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ismail sebelum ini menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan penamatan Exco tanpa nasihat atau permintaan rasmi Menteri Besar tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.<\/p>\n<p>Pertikaian berhubung tafsiran Perkara 38(5) itu kini menjadi antara isu utama dalam kemelut perlembagaan Negeri Sembilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pembatalan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 20 September lalu disifatkan sah dan mempunyai asas perlembagaan. Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), yang memperuntukkan tempoh seseorang Exco [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9462,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,408,1154,423,3684,4083],"authors":[],"class_list":["post-15785","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-perlembagaan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15785","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15785"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15785\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15786,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15785\/revisions\/15786"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15785"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15785"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15785"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15785"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}