{"id":15803,"date":"2026-09-22T15:03:51","date_gmt":"2026-09-22T15:03:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15803"},"modified":"2026-09-22T15:03:51","modified_gmt":"2026-09-22T15:03:51","slug":"sivamalar-soal-akmal-kenapa-diam-isu-istana-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sivamalar-soal-akmal-kenapa-diam-isu-istana-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Setiausaha Agung PKR, G Sivamalar mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung perkembangan membabitkan institusi Diraja Negeri Sembilan ketika beliau lantang mengkritik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai syarat ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS).<\/p>\n<p>Sivamalar berkata, kritikan Akmal terhadap keputusan KPM berhubung syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS tertentu tidak wajar dijadikan ruang untuk memainkan sentimen perkauman.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan KPM tidak bermaksud hak istimewa Bumiputera dihapuskan, sebaliknya membabitkan syarat pemilikan ekuiti bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;Komen Dr Akmal terhadap keputusan Kementerian Pendidikan sekali lagi memperlihatkan sikap hipokrit dan memutarbelitkan isu demi publisiti politik murahan.<\/p>\n<p>&#8220;Keputusan tersebut sama sekali tidak menghapuskan hak istimewa Bumiputera, sebaliknya hanya melibatkan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi swasta tertentu,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Isu itu tercetus selepas KPM menjelaskan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera yang terkandung dalam Buku Pernyataan Dasar IPS 2006 tidak lagi ditetapkan sebagai syarat kepada syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah kementerian berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, MITI kemudian menjelaskan kementerian itu tidak dimaklumkan mengenai penyelarasan berkenaan dan menegaskan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi.<\/p>\n<p>Akmal sebelum ini mempersoalkan percanggahan kenyataan itu menerusi media sosial dengan bertanya, &#8220;KPM cakap dan bincang dengan MITI. MITI maklum tidak tahu tentang isu ini. Jadi siapa yang menipu?&#8221;<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Sivamalar mempersoalkan mengapa Akmal tidak memberikan pendirian terhadap kemelut politik di Negeri Sembilan yang turut menyentuh kedudukan institusi Diraja negeri itu.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa UMNO Negeri Sembilan mengheret institusi Diraja ke dalam kemelut politik, sambil menyifatkan isu pendidikan digunakan sebagai modal untuk mengalihkan perhatian.<\/p>\n<p>&#8220;Jika Akmal benar-benar mahu tampil sebagai pejuang Melayu, suaranya sepatutnya kedengaran apabila tindakan kepimpinan UMNO tidak menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri dan Institusi Raja di Negeri Sembilan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu sebelum ini menyaksikan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan urusan pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar berada dalam bidang kuasa DKU seperti diperuntukkan Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Sivamalar turut menggesa Akmal memberikan perhatian terhadap isu berkenaan jika mahu membawa suara berkaitan kepentingan Melayu dan institusi Raja.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Setiausaha Agung PKR, G Sivamalar mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung perkembangan membabitkan institusi Diraja Negeri Sembilan ketika beliau lantang mengkritik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai syarat ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS). Sivamalar berkata, kritikan Akmal terhadap keputusan KPM berhubung syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15804,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3031,5039,5040,1059,1154,171,9,146],"authors":[],"class_list":["post-15803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-g-sivamalar","tag-ips","tag-istana","tag-negeri-sembilan","tag-pemuda","tag-pkr","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15805,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15803\/revisions\/15805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15803"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}