{"id":15813,"date":"2026-09-23T04:27:55","date_gmt":"2026-09-23T04:27:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15813"},"modified":"2026-09-23T04:27:55","modified_gmt":"2026-09-23T04:27:55","slug":"kemelut-takhta-majlis-menghadap-tunku-nadzaruddin-batal-balai-undang-dikawal-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-takhta-majlis-menghadap-tunku-nadzaruddin-batal-balai-undang-dikawal-polis\/","title":{"rendered":"Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis"},"content":{"rendered":"<p>Majlis menghadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim bersama barisan Exco dan beberapa wakil rakyat dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar di Galeri Diraja Tuanku Jaafar di sini hari ini dibatalkan atas faktor keselamatan.<\/p>\n<p>Menurut laporan media, pembatalan pertemuan yang dijadualkan pada jam 9 pagi itu dibuat selepas pihak penganjur menerima nasihat daripada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cPertemuan hari ini dibatalkan atas faktor keselamatan selepas mendapat nasihat pihak berkuasa,\u201d menurut laporan dipetik Malaysiakini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, peguam yang mewakili Tunku Nadzaruddin dan Undang Yang Empat mendakwa mereka tersekat di Balai Undang Sungai Ujong susulan kawalan polis di lokasi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cUndang Yang Empat dan Tuanku ada di Balai Undang Sungai Ujong. Balai Undang Sungai Ujong dikepung oleh polis,\u201d kata peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi.<\/p>\n<p>Tinjauan media mendapati kawalan polis diperketatkan di sekitar balai berkenaan, manakala wartawan tidak dibenarkan menghampiri premis itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ismail bersama barisan Exco, Speaker Dewan Undangan Negeri, Awaludin Said serta beberapa wakil rakyat BN dan PN dijadualkan mengadakan sesi suai kenal dan mengeratkan silaturahim dengan Tunku Nadzaruddin.<\/p>\n<p>Pertemuan itu berlangsung dalam suasana kemelut berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang masih menjadi pertikaian antara beberapa pihak.<\/p>\n<p>Selepas majlis dibatalkan, rombongan Ismail meninggalkan Galeri Diraja Tuanku Jaafar sebelum mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran.<\/p>\n<p>Pada masa sama, tiada himpunan solidariti yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja sebagai tanda sokongan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Keadaan sekitar galeri dilaporkan tenang dan terkawal.<\/p>\n<p>Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan tercetus selepas Undang Yang Empat membuat pengisytiharan pada April lalu berhubung penurunan Tuanku Muhriz serta pemilihan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini mengambil pendirian menyokong kesahihan proklamasi berkenaan, manakala Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menolak tindakan tersebut.<\/p>\n<p>Pertikaian itu turut dibawa ke Mahkamah Tinggi Seremban.<\/p>\n<p>Terbaharu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan Menteri Besar dan barisan Exco tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>AGC turut menyatakan kesahihan proklamasi berkenaan perlu ditentukan melalui proses undang-undang dan perlembagaan yang sah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis menghadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim bersama barisan Exco dan beberapa wakil rakyat dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar di Galeri Diraja Tuanku Jaafar di sini hari ini dibatalkan atas faktor keselamatan. Menurut laporan media, pembatalan pertemuan yang dijadualkan pada jam 9 pagi itu dibuat selepas pihak penganjur menerima nasihat daripada pihak berkuasa. \u201cPertemuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,1834,408,1154,4082],"authors":[],"class_list":["post-15813","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menghadap","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tunku-nadzaruddin-tuanku-jaafar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15814,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15813\/revisions\/15814"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15813"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}