{"id":15817,"date":"2026-09-23T04:32:37","date_gmt":"2026-09-23T04:32:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15817"},"modified":"2026-09-23T04:32:37","modified_gmt":"2026-09-23T04:32:37","slug":"pas-jangan-diam-jelaskan-peranan-wakil-dalam-krisis-negeri-sembilan-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-jangan-diam-jelaskan-peranan-wakil-dalam-krisis-negeri-sembilan-amk\/","title":{"rendered":"PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK"},"content":{"rendered":"<p>PAS diminta tampil menjelaskan pendirian dan peranan wakilnya dalam kemelut melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin, berkata penjelasan itu penting susulan pengesahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, pada 17 September lalu, yang memaklumkan keputusan berhubung proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz dibuat secara sebulat suara oleh semua ahli Exco.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS tidak wajar berdiam diri kerana parti itu mempunyai wakil dalam pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cAdakah wakil PAS turut menyokong keputusan itu? Jika menyokong, tampil dan pertahankannya. Jika membantah, nyatakan bila bantahan itu dibuat dan mengapa Menteri Besar mengumumkannya sebagai keputusan sebulat suara,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Danish berkata, persoalan itu berkait rapat dengan tanggungjawab politik, terutama ketika PAS sering menyatakan pendirian mengenai kepentingan institusi diraja.<\/p>\n<p>\u201cJangan jadikan diam sebagai jalan keluar. PAS mesti jawab. Rakyat berhak tahu siapa yang membuat keputusan, siapa yang menyokongnya dan siapa yang perlu bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut tersebut semakin memuncak selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Istana Negeri Sembilan, tindakan itu dibuat selepas barisan Exco didapati memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September.<\/p>\n<p>Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 turut menyatakan seseorang anggota Exco memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Ismail mengesahkan semua Exco negeri bersetuju secara sebulat suara terhadap proklamasi berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz dalam mesyuarat pada 15 September.<\/p>\n<p>Proses pewartaan turut diminta diteruskan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri.<\/p>\n<p>Danish berkata, dalam keadaan kemelut yang menyentuh isu adat, perlembagaan dan institusi diraja itu, rakyat Negeri Sembilan berhak mengetahui pendirian PAS serta peranan wakilnya dalam keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan penting ketika ini, diam bukan sebuah jawapan. PAS mesti jelaskan pendiriannya dan peranan wakilnya kepada rakyat Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS diminta tampil menjelaskan pendirian dan peranan wakilnya dalam kemelut melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin, berkata penjelasan itu penting susulan pengesahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, pada 17 September lalu, yang memaklumkan keputusan berhubung proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz dibuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5044,952,1154,126,3684],"authors":[],"class_list":["post-15817","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk-malaysia","tag-danish-hairudin","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15817","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15817"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15817\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15818,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15817\/revisions\/15818"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15817"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}