{"id":1582,"date":"2025-07-17T08:42:56","date_gmt":"2025-07-17T08:42:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1582"},"modified":"2025-07-17T08:42:56","modified_gmt":"2025-07-17T08:42:56","slug":"himpunan-turun-anwar-tindakan-sia-sia-kata-puad-sindir-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/himpunan-turun-anwar-tindakan-sia-sia-kata-puad-sindir-pas\/","title":{"rendered":"Himpunan \u2018Turun Anwar\u2019 tindakan sia-sia, kata Puad sindir PAS"},"content":{"rendered":"<p>Rancangan PAS bersama-sama pihak tertentu yang dijadualkan berhimpun pada 26 Julai ini adalah satu tindakan sia-sia, kata Mohd Puad Zarkashi.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata PAS sememangnya suka menganjurkan perhimpunan kerana ia diibaratkan seperti `candu\u2019 kepada ahli-ahli dan penyokong mereka yang fanatik untuk menjatuhkan kerajaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tambahnya, meskipun PAS berjaya mengumpul jumlah peserta yang banyak pada 26 Julai nanti, namun objektif himpunan tersebut tidak akan tercapai.<\/p>\n<p>Sebaliknya, kata beliau, adalah lebih berkesan sekiranya bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli serta lapan Ahli Parlimen PKR lain menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cImpaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi (tidak) percaya di parlimen berbanding demonstrasi 300 ribu orang ahli PAS,\u201d katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.<\/p>\n<p>Tambah Mohd Puad, PAS sendiri pastinya tidak berani membawa usul undi percaya atau tidak percaya kepada Anwar di Parlimen.<\/p>\n<p>Ini kerana, jelas beliau, UMNO pastinya tidak akan menyokong usul itu memandangkan parti tersebut komited mempertahankan kerajaan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cJusteru demonstrasi ;Turun Anwar\u2019 26 Julai ini hanya tunjuk kekuatan PAS. Impaknya kecil apatah lagi jika tiada penyertaan \u201ccivil society\u201d yang menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PAS merancang mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang akan diadakan di ibu negara, 26 Julai ini dengan sasaran penyertaan seramai 300,000 orang dari seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rancangan PAS bersama-sama pihak tertentu yang dijadualkan berhimpun pada 26 Julai ini adalah satu tindakan sia-sia, kata Mohd Puad Zarkashi. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata PAS sememangnya suka menganjurkan perhimpunan kerana ia diibaratkan seperti `candu\u2019 kepada ahli-ahli dan penyokong mereka yang fanatik untuk menjatuhkan kerajaan. Bagaimanapun, tambahnya, meskipun PAS berjaya mengumpul jumlah peserta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[926,236,9,359,8,829,146],"authors":[],"class_list":["post-1582","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-26-julai","tag-himpunan","tag-pkr","tag-puad-zarkashi","tag-rafizi","tag-turun-anwar","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1582","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1582"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1582\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1584,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1582\/revisions\/1584"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1582"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1582"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1582"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1582"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}